Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rafael Nadal kembali beraksi di Terbuka Barcelona

Apr 16, 2024 | 01:04 PM



Sekembalinya menyertai kejohanan Terbuka Barcelona minggu ini setelah setahun berehat akibat kecederaan, Rafael Nadal berkata beliau “cuba menikmati setiap saat” sepanjang bermain.

Pemain berusia 37 tahun itu berkata, ia “amat bermakna untuk kembali bermain semula” di Barcelona, sambil membayangkan ini akan menjadi tahun terakhirnya.

“Saya tidak dapat beritahu anda tentang keadaan kecederaan saya, kerana terlalu banyak yang harus diperkatakan,” kata Nadal, dipetik BBC.

“Saya hanya boleh beritahu anda bahawa hari ini saya rasa diri saya cukup baik untuk berada di gelanggang, dan itu bagi saya sangat penting.”

Nadal, pemain asal Sepanyol, adalah juara perseorangan Grand Slam sebanyak 22 kali dan telah dibelenggu kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas menarik diri daripada Terbuka Perancis pada 2023, Nadal berkata beliau merancang untuk bersara selepas musim 2024, tetapi sekembalinya di Brisbane, beliau berkata boleh terus bermain jika cergas.

Perlawanannya menentang pemain Italy, Flavio Cobolli, 21 tahun, pada Selasa di Barcelona, tempat beliau memenangi kejuaraan sebanyak 12 kali, akan menjadi yang pertama di gelanggang tanah liat, sejak memenangi perlawanan akhir Terbuka Perancis 2022.

Kepulangannya minggu ini meningkatkan harapan beliau akan bertanding bulan depan di Roland Garros, tempat beliau menang 14 gelaran utamanya.

“Ia amat bermakna bagi saya untuk dapat bermain sekali lagi di sini di Barcelona, tempat saya capai kejayaan yang menakjubkan dan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

“Jadi, saya hanya cuba menikmati setiap detik dan saya teruja untuk berada di gelanggang dalam kejohanan profesional sekali lagi, terutama di sini, di laman sendiri,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >