Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nadal kembali aksi namun tidak terlalu harap

Dec 05, 2023 | 03:47 PM



PARIS: Rafael Nadal, juara Grand Slam 22 kali dan bekas pemain nombor satu, berkata pada 4 Disember bahawa beliau tidak mengharapkan “apa-apa” daripada dirinya sebelum kembali ke gelanggang pada Januari.


Pemain tenis hebat berusia 37 tahun itu sudah tidak bermain selama setahun sejak Januari akibat kecederaan pinggul tetapi bersedia untuk beraksi di Brisbane International pada awal 2024.

Pemain Sepanyol itu akan memulakan tahun terakhirnya dalam sukan itu sebelum dijangka bersara dengan bermain di kejohanan tersebut sebagai pemanas badan untuk Terbuka Australia di Melbourne setelah merosot ke tangga ke-663 dunia.

“Saya takut untuk membuat pengumuman kerana pada akhirnya sudah setahun saya tidak beraksi dan ia berpunca daripada operasi pinggul,” kata Nadal dalam video yang disiarkan di media sosial dan laman web ATP.

“Tetapi apa yang paling membimbangkan saya bukanlah bahagian pinggul, ia adalah segala-galanya.

“Saya rasa saya sudah bersedia dan saya percaya dan berharap semuanya berjalan lancar dan ia memberi saya peluang untuk berseronok di gelanggang.

“Sudah sekian lama, jadi saya harap, pertama sekali, untuk merasakan semula rasa gementar, jangkaan, ketakutan dan keraguan. Saya berharap saya tidak meletakkan sebarang harapan atas diri saya sendiri.

“Saya juga berharap saya mempunyai keupayaan untuk tidak menuntut diri saya seperti yang saya tuntut sepanjang kerjaya saya.”

Sejak menyepi, Nadal didahului beberapa kejohanan Grand Slam oleh pemain nombor satu dunia Serbia, Novak Djokovic, yang kini memiliki 24 gelaran utama.

Nadal akan cuba kembali ke peringkat tertinggi di Australia dengan matlamat untuk bersaing di Terbuka Perancis, tempat beliau menang rekod 14 kali.

Nadal juga bersiap untuk musim akhir yang sibuk dengan Grand Slam dan Sukan Olimpik.

Beliau menang emas perseorangan di Beijing pada 2008 dan dua emas di Rio pada 2016.

“Saya percaya saya kini berada dalam situasi yang berbeza. Saya berada di kawasan yang belum diterokai,” tambah beliau.

“Saya menerima dan memahami apa yang saya ada sepanjang hidup saya, iaitu menuntut diri saya secara maksimum.

“Pada masa ini, apa yang saya benar-benar harapkan adalah untuk tidak melakukan perkara itu, menerima bahawa perkara akan menjadi sangat sukar pada mulanya dan memberi diri saya masa yang diperlukan,” kata Nadal. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >