Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun

Apr 24, 2024 | 07:49 PM



JAKARTA - Tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, Mooryati Soedibyo yang juga pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu dan Yayasan Puteri Indonesia (YPI) meninggal dunia awal pagi 24 April.

Cik Mooryati, 96 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dan berita duka itu telah disahkan oleh anaknya, Putri Kuswisnuwardhani yang juga merupakan ahli Majlis Penasihat Presiden (Wantimpres), lapor Kompas.

Pemergiannya disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.

Melalui PT. Mustika Ratu yang ditubuhkan pada 1973, Cik Mooryati mula mengeksport produk herba dan kecantikannya ke 20 negara, termasuk Timur Tengah, Rusia, Belanda, Jepun, Afrika Selatan, Asia Barat, Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sejak berusia 3 tahun, Cik Mooryati telah diperkenalkan dengan resepi kecantikan tradisional dan jamu di tempat asalnya iaitu Keraton Surakarta, yang terkenal sebagai pusat tradisi budaya Jawa.

Selain aktif dalam sektor perniagaan dan pakar kecantikan, Mooryati juga pernah menjadi anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia antara 2004 hingga 2009.

Cik Mooryati juga digelar Sarjana Perubatan Herba Indonesia kerana kepakarannya dalam menghasilkan jamu, yang kemudiannya menjadi salah satu bidang perniagaan yang diceburinya. Beliau juga adalah pengasas acara kecantikan Miss Indonesia sejak 1992.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >