Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta Api Haramain bawa lebih 1.3 juta jemaah umrah sepanjang Ramadan

Apr 04, 2024 | 08:02 PM



MAKKAH: Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain telah membawa lebih 1.3 juta jemaah umrah dan pelawat antara Madinah dengan Makkah, sepanjang Ramadan 2024.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan perkhidmatan rel itu penting dalam memudahkan perjalanan berterusan, menghubungkan jemaah dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan ibadah umrah dan haji.


Menjangkau jarak 450 kilometer dan mampu mencapai kelajuan sehingga 300 kilometer sejam, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain adalah projek pengangkutan terbesar di Asia Barat, direka khusus untuk melayani pengunjung Dua Masjid Suci sepanjang tahun, terutamanya ketika umrah dan musim haji.

Kereta api itu mempunyai lima stesen terletak di lokasi strategik, termasuk Makkah, Madinah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, dan King Abdullah Economic City (KAEC) di Rabigh, bagi memastikan perjalanan mudah diakses untuk pelawat, rakyat dan penduduk. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >