Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih sejuta berhimpun pada beberapa malam terakhir Ramadan di Makkah, Madinah

Apr 04, 2024 | 12:58 PM



DUBAI: Lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia dan Arab Saudi sendiri, telah berhimpun di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah,untuk beribadah pada malam-malam terakhir di bulan suci Ramadan.


Anggota jemaah melakukan solat umrah, tarawih, dan qiamullail, mencari keberkatan pada penutup bulan suci yang bermula pada hari ke-20 Ramadan, lapor Gulf News.


Kerajaan Arab Saudi, melalui Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, telah melaksanakan pelan operasi yang luas demi memastikan keselesaan dan kemudahan jemaah.

Pelan ini, yang bermula pada 30 Mac, termasuk penyediaan perkhidmatan menyeluruh dan penggunaan sumber manusia dan teknologi, bagi memudahkan kelancaran solat dan kegiatan ibadah yang lain.

Lebih 4,000 pekerja, diawasi oleh 200 pegawai Arab Saudi, bekerja tanpa jemu untuk menjaga kebersihan masjid, menguruskan lebih 3,516 tandas, 9,155 bekas air zamzam, dan menyediakan lebih 35,000 permaidani baru di ruang solat dan halaman.

Selain itu, 3,000 buah kereta yang didorong, 2,000 kenderaan elektrik, dan 6,000 penolak kenderaan, telah diatur untuk kegunaan jemaah.

Sebagai sebahagian daripada kegiatan kerohanian, ribuan jemaah telah memulakan iktikaf, berikutan kejayaan pendaftaran dalam talian mereka.

Presidensi Ehwal Ugama juga telah mempertingkatkan sesi dan program hafazan Al-Quran, dengan 1,230 pelajar mengambil bahagian di bawah bimbingan 102 guru.

Daya usaha lain bagi memberi tumpuan pada membetulkan bacaan, memanfaatkan 1,300 pengunjung setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >