Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang Iran, Teheran tidak rancang balas segera

Apr 19, 2024 | 04:26 PM



WASHINGTON: Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 19 April, kata sumber, dalam tindak balas terkini secara terbuka antara dua musuh ketat itu, sekali gus mengancam untuk mengheret rantau itu ke dalam konflik.


Stesen televisyen Iran berkata sejurus selepas tengah malam, “tiga dron dilihat di ruang udara Isfahan. Sistem pertahanan udara menjadi aktif dan memusnahkan dron itu”.

Komander kanan tentera Siavosh Mihandoust dipetik stesen televisyen pemerintah sebagai berkata sistem pertahanan udara telah menyasarkan “objek mencurigakan”.

Ia selanjutnya berkata kemudahan nuklear Iran, yang Barat dakwa digunakan untuk membangunkan senjata, tidak mengalami sebarang kerosakan.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengesahkan tiada kerosakan pada logi nuklear Iran.

Teheran tidak mempunyai rancangan membalas segera Israel, kata seorang pegawai kanan Iran.

“Kami tidak menerima sebarang serangan luar dan perbincangan lebih menjurus pada penyusupan daripada serangan,” kata pegawai itu, yang enggan namanya disiar.

Lapangan terbang di Shiraz, Isfahan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Teheran ditutup sementara kepada semua penerbangan tetapi dibuka semula beberapa jam kemudian.

Kepimpinan dan tentera Israel berdiam diri pada awal 19 April.

Sumber memberitahu Reuters, Amerika Syarikat menerima pemberitahuan sebelum serangan Israel.


Serangan itu berlaku beberapa hari selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang tidak pernah terjadi sebelum ini ke atas Israel, bagi membalas serangan Israel ke atas kedutaannya di Damsyik, Syria.

Kebanyakan peluru berpandu dan dron itu ditembak jatuh sebelum meledak di bumi Israel.


Washington dan kuasa sejagat lain mendesak Israel agar usah bertindak balas atau memastikan sebarang tindak balas lanjut dihadkan bagi mengelakkan peperangan meluas.


Agensi berita ABC dan CBS News melaporkan serangan ke atas Iran itu dilakukan oleh Israel, memetik kenyataan oleh seorang pegawai Amerika.


Washington menerima pemberitahuan awal mengenai serangan itu tetapi tidak menyokongnya atau memainkan sebarang peranan dalam pelaksanaannya, kata seorang pegawai Amerika.

Tiada ulasan segera dari Rumah Putih. Pentagon berkata: “Kami tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan pada masa ini.”


Firma keselamatan Britain, Ambrey, berkata kapal dagang di Teluk dan Lautan Hindi Barat dinasihatkan agar berjaga-jaga jika berlaku peningkatan kegiatan pesawat tanpa pemandu (UAV) di rantau itu.

Ambrey berkata ia menerima maklumat yang menunjukkan “serangan tentera Israel” dilakukan ke atas Isfahan.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April bahawa Israel “mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang kegiatan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan kita”, sedang badan dunia itu memberi amaran Timur Tengah berada dalam “bahaya maksimum”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >