Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran dan Israel berperang secara terbuka selepas bermusuhan selama berdekad

Apr 19, 2024 | 05:28 PM



Permusuhan antara Iran dengan Israel telah berlanjutan beberapa dekad.

Berikut antara pergolakan dan serangan rahsia di darat, laut, udara dan alam siber melibat kedua-dua negara yang bermusuhan itu.

1979: Pemimpin pro-Barat Iran, Encik Mohammed Reza Shah, ditumbangkan dalam Revolusi Islam yang menyaksikan penentangan terhadap Israel sebagai satu kemestian ideologi.


1982: Semasa Israel menyerang Lebanon, Pengawal Revolusi Iran bekerjasama dengan sesama golongan Syiah di sana untuk menubuhkan Hezbollah. Israel melihat kumpulan bersenjata itu sebagai musuh paling berbahaya di sempadannya.


1983: Hezbollah menggunakan pengebom bunuh diri untuk mengusir tentera Barat dan Israel dari Lebanon. Pada November sebuah kereta sarat dengan bahan letupan memasuki ibu pejabat tentera Israel dan sekali gus memaksanya berundur dari sebahagian besar Lebanon.


1992 hingga 1994: Argentina dan Israel menuduh Iran dan Hezbollah berada di belakang pengeboman bunuh diri ke atas kedutaan Israel di Buenos Aires pada 1992 dan pusat Yahudi di bandar itu pada 1994. Berpuluh-puluh orang terbunuh.


Iran dan Hezbollah menafikan penglibatan dalam serangan tersebut.

2002: Pendedahan bahawa Iran mempunyai program pengayaan uranium rahsia menimbulkan kebimbangan bahawa ia cuba membina senjata nuklear. Israel menggesa tindakan keras meskipun Teheran menafikannya.


2006: Israel memerangi Hezbollah selama sebulan di Lebanon tetapi tidak berjaya menumpaskan kumpulan itu.


2009: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menyifatkan Israel sebagai “barah yang berbahaya dan membawa maut”.


2010: Stuxnet, virus komputer yang dipercayai telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Israel, digunakan untuk menyerang kemudahan pengayaan uranium di tapak nuklear Natanz Iran.


2012: Saintis nuklear Iran, Encik Mostafa Ahmadi-Roshan, terbunuh disebabkan letupan bom yang diletakkan di atas keretanya. Iran menyalahkan Israel atas serangan itu.


2018: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, memuji tindakan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran dengan kuasa dunia.


Pada Mei, Israel berkata ia telah menyerang prasarana ketenteraan Iran di Syria – tempat Teheran menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara – selepas tentera Iran di sana melepaskan roket ke Bukit Golan yang diduduki Israel.

2020: Israel mengalu-alukan pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani, komander pasukan luar negara Pengawal Revolusi Iran, dalam serangan dron Amerika di Baghdad. Iran menyerang balik dengan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Amerika di Iraq. Kira-kira 100 anggota tentera Amerika cedera.


2022: Presiden Amerika, Encik Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Encik Yair Lapid, menandatangani ikrar bersama untuk menafikan senjata nuklear Iran.


2024: Serangan udara Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria, membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi Islam, termasuk dua komander kanan. Israel tidak mengesahkan atau menafikan bertanggungjawab.


Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas wilayah Israel pada 13 April. Ini mendorong Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 19 April. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >