Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran dakwa tiada serangan peluru berpandu selepas letupan kedengaran di Isfahan

Apr 19, 2024 | 03:31 PM



WASHINGTON: Pemerintah Iran berkata ia menembak jatuh beberapa dron dan “tiada serangan peluru berpandu buat masa ini” ke atas negara itu, selepas letupan kedengaran berhampiran bandar Isfahan.


“Beberapa dron berjaya ditembak jatuh oleh pertahanan udara Iran, tiada laporan mengenai serangan peluru berpandu buat masa ini,” kata jurucakap agensi angkasa lepas Iran, Encik Hossein Dalirian, di platform X.

Letupan di Isfahan, tengah Iran awal pagi 19 April mencemaskan Iran, berikutan laporan awal media Amerika Syarikat mendakwa Israel melancarkan serangan membalas dendam terhadap republik Islam itu.

ABC News, yang memetik seorang pegawai Amerika melaporkan Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Iran, beberapa hari selepas Iran melancarkan serangan dron ke atas Israel.


Bagaimanapun, media Iran mengesahkan “tiada serangan dari luar”, sebaliknya sekurang-kurangnya tiga dron mini yang dilancarkan dari dalam negara ditembak jatuh, lapor agensi berita Tasnim, memetik sumber.


Agensi berita Iran, Fars, pula melaporkan, ‘tiga letupan” kedengaran di pangkalan tentera udara Shekari, dekat lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya tidak diketahui dengan segera.


Beberapa tapak nuklear Iran terletak di wilayah Isfahan, termasuk Natanz, pusat program pengayaan uranium Iran.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) turut mengesahkan tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran susulan dakwaan serangan Israel ke atas Iran.

Agensi itu terus memantau rapat perkembangan semasa dan menggesa semua pihak supaya menahan diri daripada bertindak di luar batasan serta menegaskan kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan, katanya di platform X.

Beberapa negara Barat turut menasihatkan rakyat mereka agar menangguhkan perjalanan ke Asia Barat buat sementara waktu dan meminta kakitangan kedutaan mereka di Asia barat supaya berwaspada.

Pada 18 April, Iran memberi amaran keras bahawa tenteranya akan menggunakan senjata yang ‘tidak pernah digunakan sebelum ini’ ke atas Israel sekiranya negara itu melakukan serangan balas terhadap Teheran.

“Jika Israel bertindak balas, tindak balas kami seterusnya adalah dengan segera, lebih kuat dan lebih meluas menerusi ‘senjata rahsia kami’,” kata Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amirabdollahian, ketika bercakap dengan Setiausaha Luar Britain, Encik David Cameron.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Iran, pula berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata yang sama ke atas Israel.

Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, turut memberi amaran bahawa “pencerobohan paling kecil” oleh Israel akan membawa tindak balas “besar-besaran dan keras” ketika pihaknya bersedia untuk tindakan balas Israel yang berpotensi selepas serangan Iran pada 13 April.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Israel mesti dipaksa menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan mereka.

Amaran itu dinyatakan Encik Amirabdollahian dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada 18 April.

Tegas Encik Amirabdollahian, sekiranya berlaku sebarang penggunaan kekerasan oleh Israel dan melanggar kedaulatan Iran, negara itu tidak akan teragak-agak menegakkan hak sedia ada dan bertindak balas sewajarnya sehingga Israel menyesali tindakannya.

Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada hujung minggu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas pekarangan kedutaannya di Syria pada 1 April yang mengorbankan 12 orang, termasuk dua jeneral Iran.

Israel, dengan bantuan dari Amerika, Britain, negara jiran Jordan dan negara lain, berjaya memintas hampir semua peluru berpandu dan dron. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >