Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekon Indonesia terancam jika konflik Iran-Israel berlanjutan

Apr 16, 2024 | 04:42 PM



JAKARTA: Peningkatan berpanjangan konflik Timur Tengah boleh menimbulkan risiko ekonomi kepada Indonesia, bermula daripada aliran keluar modal selanjutnya kepada pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kassar (GDP) yang lebih lemah, ujar penganalisis dan beberapa mantan pegawai pemerintah.


Bercakap semasa acara dalam talian yang diadakan oleh Eisenhower Fellowships pada 15 April, mantan Menteri Kewangan, Encik Bambang Brodjonegoro, berkata pertumbuhan ekonomi Indonesia bagi 2024 boleh mencecah antara 4.6 dengan 4.8 peratus jika berlaku peningkatan konflik selanjutnya.

Ini kurang daripada sasaran pemerintah sebanyak 5.2 peratus, kata Encik Bambang seperti yang dilaporkan akhbar The Jakarta Post.


Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu dalam serangan ke atas Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April.


Serangan itu adalah serangan langsung pertama yang dilancarkan Iran ke atas Israel setelah bertelagah selama puluhan tahun.


Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, telah mengadakan mesyuarat pada 14 April bagi membincangkan keadaan ekonomi dan kewangan sejagat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Menteri Penyelaras Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto, berkata dalam satu kenyataan akhbar pada 15 April bahawa pemerintah “tidak akan berdiam diri” dan menekankan bahawa kepercayaan pasaran terhadap Indonesia “mesti dikekalkan”.

Beliau juga menggesa pemain pasaran agar “bertenang dan tidak mengambil langkah spekulatif”.

Konflik antara Iran dengan Israel boleh menimbulkan “cabaran luar yang serius” bagi Indonesia, kata Encik Bambang, sambil menyatakan bahawa kira-kira 4 trilion rupiah ($337 juta) modal asing meninggalkan pasaran bon Indonesia apabila konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober 2023.

“Itu hanya antara Israel dengan Hamas yang lebih bersifat domestik, satu isu dalaman di Timur Tengah. Sedangkan konflik Iran dengan Israel ini malah lebih besar daripada itu,” tambah Encik Bambang.

Pelabur cenderung untuk meletakkan wang mereka dalam aset berisiko rendah seperti dolar Amerika Syarikat atau emas, pada masa konflik.

Mereka akan menarik balik dana daripada pasaran baru muncul seperti Indonesia yang asetnya disifatkan lebih berisiko.

Aliran keluar modal boleh mengukuhkan lagi dolar Amerika berbanding rupiah. Satu dolar Amerika dibeli 16,120 rupiah pada 14 April, selepas serangan Teheran.

Bank Indonesia, kata Encik Bambang, perlu campur tangan untuk menstabilkan rupiah, tetapi beliau menggalakkan supaya berhati-hati kerana rizab pertukaran asing yang lemah dalam campur tangan sedemikian boleh mengakibatkan “maut”.

“Walaupun Bank Indonesia meningkatkan kadar faedahnya, kesannya mungkin tidak begitu kuat kerana apa yang berlaku ialah pengukuhan dolar berbanding semua mata wang,” ujar Encik Bambang.

Bank pusat akan mengadakan mesyuarat bulanannya minggu depan dan selepas itu ia akan mengumumkan kadar dasar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >