Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Al FALAH ACADEMY SG

Terap amalan sunah, jaga adab sembelihan

May 26, 2023 | 05:30 AM



DENGAN niat mahu menghidupkan sunah, pusat pendidikan Islam setempat, Al Falah Academy SG (AFASG), gigih melaksanakan ibadah korban sejak 2016. Pusat ini diasaskan oleh Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, khidmat korban ini diadakan di Australia, India dan Indonesia. Selain itu, bagi tempahan di Australia, khidmat penghantaran daging korban ke rumah secara percuma ditawarkan bagi memudahkan umat Islam menikmati daging tersebut bersama keluarga. Peserta boleh memilih mendapatkan keseluruhan bahagian dan/atau mendermakan sebahagiannya kepada golongan fakir miskin di negara ini.

Tahun ini AFASG mahu mengedar daging korban kepada 11,000 keluarga susah di Indonesia dan India. Penduduk miskin itu tinggal di kawasan pergunungan dan terpencil. Setiap keluarga di dua negara ini akan mendapat 2 kilogram beras bersama daging agihan.

Selain memastikan haiwan korban sihat dan sempurna, AFASG juga menjaga adab dengan memastikan sebelum haiwan korban disembelih, ia dipisahkan dan dilindungi dengan langsir. Alat sembelihan yang digunakan juga dipastikan sangat tajam dan disembelih dengan sekali sembelih sahaja.

“Rasulullah saw adalah insan paling penyayang bukan hanya kepada manusia malah kepada haiwan. Baginda menunjukkan kepada kita bagaimana menegakkan ciri-ciri ini dalam penyembelihan supaya kebajikan haiwan dijaga. Justeru, daging yang bakal dimasak menjadi lebih sihat dan suci, insya-Allah,” jelasnya.


Menurut Ustaz Muhammad Ferozudeen, prinsipnya adalah apabila kita menitikberatkan mutu pada makanan dan pakaian, kita juga perlu memastikan amal dan ibadah kita bermutu, antaranya dengan ‘bermustahab’ atau melakukan nilai-nilai murni yang digalakkan.


Beliau juga memastikan beliau sendiri menyembelih haiwan korban.

“Ketulusan menjadi salah satu misi dan moto kami untuk melakukan dan menjalankan amanah ini dengan baik. Kami juga menghantar setiap video penyembelihan beserta gambar sebelum dan selepas penyembelihan agar mereka dapat menyaksikan ibadah telah dilakukan. Mereka juga akan menerima klip video pendek mengenai pengagihan daging korban mereka,” jelasnya.

Menurutnya lagi, setiap tempahan yang dilakukan untuk korban di Australia bakal menerima cenderahati daripada AFASG. Penghantaran secara percuma daging korban ini dilakukan dari 12 hingga 15 Julai nanti.

“Setiap tempahan bagi korban di Australia akan mendapat cenderahati sebagai tanda penghargaan kami. Daging korban akan dipotong dan dibungkus dalam pek 1 kilogram. Ini menyenangkan penerima untuk berkongsi daging yang diterima bersama jiran dan sanak-saudara mereka yang lain.

“Marilah kita kembali kepada agama, dan hidupkan amalan sunah. Lakukanlah ibadah korban ini dengan lebih bermutu selain membantu mereka yang memerlukan,” tambah Ustaz Muhammad Ferozudeen.

Selain mengendalikan pusat AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen juga memiliki kedai menjual barangan makanan mentah seperti daging segar dan serbaneka, Premium Butchery SG, terletak bersebelahan Masjid Abdul Gafoor di kawasan Dunlop Street di Little India.

Semua bahan makanan seperti daging, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran segar dijual dengan harga berpatutan. Bagi penghantaran ke rumah, setiap pesanan akan dibungkus vakum dan penghantaran percuma ditawarkan tanpa pembelian minimum, dan tidak mengira daerah. Hadiah diberi bagi pembelian lebih daripada $50. Ini adalah antara daya usaha AFASG demi memudahkan golongan wanita dan ibu-ibu di rumah menyediakan hidangan untuk keluarga mereka.

Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi Al Falah Academy Singapore (AFASG) di talian 8522-4534 atau laman Facebook dan Instagram (afasg_2016), atau Instagram Premium Butchery Sg (pbsg11dunlop). Boleh juga menghubungi talian 8870-8786 dan atau lungsuri laman www.alfalahacademy.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >