Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN 2022: AL FALAH ACADEMY SG (AFASG)

Sasar edar daging korban kepada 15,000 keluarga di Indonesia dan India

May 27, 2022 | 12:56 AM



SEJAK 2016, Al Falah Academy Sg (AFASG) sudah menawarkan pelbagai khidmat dan peluang bagi orang ramai menjalankan ibadah korban.



Di samping itu, pusat pendidikan Islam ini juga turut menawarkan khidmat lain sepanjang tahun seperti akikah, sedekah dan nazar.



Menurut pengasas AFASG, Ustaz Muhd Ferozudeen Al-Hafiz, 37 tahun, tiada amalan yang dicintai Allah swt pada musim Aidiladha ini, lebih daripada mereka yang mengorbankan haiwan.



Beliau berkata apabila kita melihat kualiti dalam makanan dan pakaian, kita juga perlu pastikan amal dan ibadah kita turut sama bermutu, antaranya dengan 'bermustahab'.



"Mustahab bermaksud lebih disukai dan digalakkan, maka mari kita melaksanakan ibadah kita dengan cara mustahab agar amal kita menjadi lebih diterima.



"Ketelusan menjadi salah satu misi dan moto kami untuk melakukan dan menjalankan amanah ini dengan baik. Kami juga giat menghantar setiap video penyembelihan, beserta gambar sebelum dan selepas penyembelihan diadakan, agar mereka dapat menyaksikan ibadah yang telah dilakukan. Akhir sekali, mereka juga akan menerima klip video pendek mengenai pengagihan daging korban mereka," jelas Ustaz Muhd Ferozudeen.



Beliau juga menjelaskan: "Rasulullah saw adalah insan yang paling penyayang bukan hanya kepada manusia malah kepada haiwan. Baginda telah menunjukkan kepada kita bagaimana menegakkan ciri-ciri ini dalam penyembelihan supaya kebajikan haiwan dijaga. Justeru, daging yang bakal dimasak untuk dimakan, menjadi lebih sihat dan suci, insya-Allah."



Menurutnya, salah satu ciri adalah haiwan yang mahu disembelih tidak boleh cacat, mempunyai berat badan yang kukuh, umurnya setahun ke atas, kelihatan sihat, mempunyai banyak bulu, agar penderma mendapat banyak pahala untuk setiap bulu haiwan yang ada.''



Pada tahun ini, korban bersama AFASG bakal diadakan di Australia, India dan Indonesia.



"Selain haiwan yang disediakan kelihatan cantik dan sempurna, pihak AFASG juga mengambil usaha tambahan dan memastikan setiap haiwan yang perlu dikorban, disembelih dengan cermat oleh saya sendiri untuk penyembelihan di Indonesia dan India, dan bukan dilakukan oleh sukarelawan. Apabila kita mengambil berat untuk menegakkan ciri-ciri mustahab, maka ibadah kita juga akan menjadi lebih bermutu," kata Ustaz Muhd Ferozudeen.



Tahun ini, AFASG berhasrat mengedar daging korban kepada 15,000 keluarga di Indonesia dan India.



Mereka ini tinggal di kawasan pergunungan dan terpencil.



Akibat Covid-19, ramai yang telah hilang pekerjaan, terutamanya apabila banjir menimpa beberapa daerah di India.



Setiap keluarga di India akan mendapat dua kilogram (kg) daging, sementara keluarga di Indonesia pula akan menerima satu kg beras bersama daging.



"Al Falah Academy Sg bermula dengan niat untuk menghidupkan sunnah. Dengan itu, kami telah membuat penghantaran ke rumah percuma untuk memudahkan umat Islam makan daging korban Australia mereka bersama keluarga.



"Peserta boleh memilih untuk mempunyai keseluruhan bahagian atau berhasrat untuk mendermakan sebahagiannya kepada golongan fakir miskin di Singapura. Insya-Allah tahun ini, kita ingin beri daging korban kepada 10,000 keluarga kurang mampu, dan bekerjasama dengan beberapa organisasi seperti Darul Arqam.



"Selain daripada itu, daging korban akan dipotong dan dibungkus dalam pek dua kg. Idea ini untuk menyenangkan penerima untuk berkongsi daging yang diterima bersama jiran dan sanak -saudara mereka yang lain. Mari kita kembali ke agama, hidupkan amalan sunnah dan buat ibadah kita lebih berkualiti," tambahnya lagi.



Beliau juga menambah: "Pihak kami juga akan memberikan cenderahati untuk peserta sebagai tanda kasih sayang kepada mereka yang sudi memilih kami untuk melaksanakan ibadah mereka.



"Pihak AFASG akan tetap memastikan tempat yang disembelih mengikut prinsip Islam dari segi halal dan sentiasa bersih dan terpelihara".




"Pihak kami juga akan memberikan cenderahati untuk peserta sebagai tanda kasih sayang kepada mereka yang sudi memilih kami untuk melaksanakan ibadah mereka. Pihak AFASG akan tetap memastikan tempat yang disembelih mengikut prinsip Islam dari segi halal dan sentiasa bersih dan terpelihara."
- Pengasas AFASG, Ustaz Muhd Ferozudeen Al-Hafiz.




MAKLUMAT LANJUT



Sila hubungi Al Falah Academy Sg (AFASG) di talian 8522-4534 atau ikuti laman Facebook atau Instagram mereka.



Anda juga boleh lungsuri laman www.alfalahacademy.sg untuk informasi lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >