Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Rebut peluang, sokongan kembangkan kerjaya demi keluarga

Aidilfitri yang baru berlalu ingatkan kita mengenai pentingnya kehidupan berkeluarga dan inisiatif masyarakat seperti FA4 M3 untuk bantu pekerja beri kehidupan lebih baik kepada keluarga tercinta

FAHMI ALIMAN, PENULIS TAMU

May 21, 2023 | 05:30 AM



"Sebaik-baik antara kamu adalah mereka yang paling baik terhadap kaum keluarga masing-masing."

(Sunan At-Tirmidhi, Buku 27, Hadis 126)



SYAWAL baru sahaja meninggalkan kita.



Sambutan Hari Raya Aidilfitri memberi peluang kita merenung erti keluarga dan keimanan dalam hidup kita.



Bagi umat Islam di Singapura, nilai-nilai ini adalah teras budaya dan jati diri kita dan ia amat penting lebih-lebih lagi sewaktu musim Raya.



Keluarga adalah asas budaya Melayu/Islam dan Hari Raya Aidilfitri adalah masa mengukuhkan pertalian keluarga.



Perayaan ini diwarnai dengan amalan tradisional seperti mengunjungi sanak saudara, berkongsi juadah Lebaran, dan bersedekah.



Adat resam ini bukan sahaja bertujuan menekankan betapa pentingnya institusi keluarga malah ia juga mewujudkan semangat kekitaan dan kemasyarakatan yang sangat penting untuk kesejahteraan kita.



Pada dasarnya, Hari Raya Aidilfitri membuka ruang meraikan perpaduan dan kebersamaan, dan semangat kemasyarakatan inilah yang membantu kita untuk bersikap tabah sepanjang tahun.



Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa unit keluarga adalah penting untuk kesejahteraan individu dan masyarakat secara keseluruhannya.



Nabi Muhammad saw sendiri menekankan peri pentingnya melayani anggota keluarga secara baik hati dan hormat, dan Al-Quran menyeru kita supaya memuliakan ibu bapa kita dan mengekalkan hubungan yang utuh dengan saudara-mara kita.



Dalam usaha membina sebuah masyarakat yang lebih bersepadu, inisiatif M Kuasa Tiga (M3) telah diperkenalkan pada 2018 untuk memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu/Islam.



Ia juga bertujuan menyatukan para sukarelawan dan pemimpin masyarakat agar mereka dapat menyumbang ke arah usaha menyokong bantuan bertumpukan warga dan bantuan tahap akhir (last-mile assistance) untuk keluarga-keluarga memerlukan.



Salah satu bidang tumpuan di bawah M3 ialah Bidang Tumpuan 4 (FA4), yang dikhususkan ke arah usaha menghubungkan para pekerja kepada peluang pekerjaan, menyediakan peningkatan kemahiran dan menggalak pembelajaran sepanjang hayat, dan mempersiapkan tenaga kerja bagi ekonomi masa hadapan kita dan pada akhirnya, bersama-sama mempertingkatkan para pekerja Melayu/Islam kita.



Melalui FA4, masyarakat Melayu/Islam boleh merebut pelbagai peluang untuk mempertingkatkan diri sendiri dan komuniti masing-masing.



Bidang tumpuan FA4 adalah Pekerjaan & Daya Kerja; memanfaatkan sumber latihan dan penempatan peringkat nasional menerusi rangkaian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) termasuk NTUC LearningHub, e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) di bawah NTUC serta kesatuan sekerja kerabat NTUC; Yayasan Mendaki dan rakan-rakan masyarakat lain yang berpandangan serupa.



Program utama FA4 termasuk program Rujukan Pekerjaan, program Wanita di Tempat Kerja (W@W), dan program Kunjungan Rumah oleh Pemimpin Kesatuan Sekerja.



Program Rujukan Pekerjaan menyediakan proses rujukan bagi menyalurkan para pekerja Melayu/Islam dan pencari kerja kepada pelbagai agensi untuk mendapatkan bantuan pekerjaan.



Program ini bertujuan merapatkan pekerja dengan peluang pekerjaan dan peluang daya kerja bagi memenuhi keperluan mereka yang paling genting melalui ekosistem secara usaha sama yang telah ditubuhkan.



Program Wanita di Tempat Kerja (W@W) oleh Yayasan Mendaki adalah satu peningkatan kepada program 'wanita kembali bekerja' yang memudahkan dan menyokong wanita Melayu/Islam untuk memulakan semula, membina semula dan berintegrasi semula ke dalam tenaga kerja.



Program ini direka khas bagi membantu wanita Melayu/Islam yang telah menganggur selama lebih enam bulan dan mahu menyertai semula tenaga kerja tetapi mungkin menghadapi cabaran kembali ke persekitaran kerja di mana keperluan kemahiran dan kecekapan telah banyak berubah.



Selain itu, FA4 bertujuan meningkatkan keupayaan tenaga kerja kita melalui peningkatan kemahiran dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan daya bingkas mereka dan memastikan mereka memiliki daya kerja pada masa hadapan.



Program ini juga mempersiapkan tenaga kerja kita pada masa kini dan masa hadapan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan dalam landskap pasca-Covid-19 dan bersiap siaga untuk masa hadapan.



Ini selaras dengan misi NTUC untuk memperbaiki gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan untuk semua pekerja kerana setiap pekerja adalah penting.



Masyarakat Melayu/Islam di Singapura mempunyai banyak peluang mempertingkatkan diri mereka melalui FA4.



Dengan memanfaatkan program ini, mereka dapat merapatkan jurang antara peluang pekerjaan dengan peluang daya kerja serta mempertingkatkan kemahiran mereka bagi memenuhi permintaan ekonomi yang berubah-ubah.



Dengan membuat pelaburan ke atas diri masing-masing, mereka boleh menyumbang kepada kejayaan keluarga dan masyarakat mereka.



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu, marilah kita ingat betapa pentingnya keluarga dan keimanan dalam hidup kita.



Marilah kita juga merebut peluang yang disediakan untuk kita melalui FA4 demi mempertingkatkan diri dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat kita.



Marilah kita meluangkan masa untuk membuat renungan tentang kepentingan keluarga dan keimanan dalam hidup kita.



Marilah kita hargai ikatan antara orang-orang yang kita sayangi dan berusaha mengukuhkan keluarga dan masyarakat kita melalui tindakan kita.



Marilah kita merebut peluang yang disediakan oleh inisiatif seperti FA4 untuk mempertingkatkan diri dan masyarakat kita dan menjalani kehidupan kita berdasarkan nilai yang telah membentuk diri kita.



  • Penulis Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan menerajui Jawatankuasa Bidang Tumpuan Empat (FA4) M Kuasa Tiga (M³).


Masyarakat Melayu/Islam di Singapura mempunyai banyak peluang mempertingkatkan diri mereka melalui FA4.

Dengan memanfaatkan program ini, mereka dapat merapatkan jurang antara peluang pekerjaan dengan peluang daya kerja serta mempertingkatkan kemahiran mereka bagi memenuhi permintaan ekonomi yang berubah-ubah.

Dengan membuat pelaburan ke atas diri masing-masing, mereka boleh menyumbang kepada kejayaan keluarga dan masyarakat mereka.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu, marilah kita ingat betapa pentingnya keluarga dan keimanan dalam hidup kita.

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >