Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Penulis Tamu

Membangun rangkaian sokongan bagi bekas pesalah kekal bebas jenayah

May 28, 2023 | 05:30 AM



KITA telah melihat peningkatan yang ketara pada kadar kebentanan pesalah dalam tempoh dua tahun. Kadar kebentanan pesalah dalam tempoh dua tahun bagi kohort 2020 adalah 20.4 peratus, satu peningkatan berbanding 35.3 peratus bagi kohort 2001, hampir 20 tahun lalu.

Kita juga melihat peningkatan pada kadar kebentanan pesalah Melayu dalam tempoh dua tahun. Bagi kohort 2020, kadar kebentanan pesalah Melayu adalah 24.7 peratus berbanding 48.4 peratus bagi kohort 2001.

Peningkatan selama ini hanya boleh dikecapi dengan adanya sokongan padu daripada masyarakat. Kami berterima kasih kepada ramai individu dan badan organisasi termasuk dari kalangan masyarakat Melayu/Islam (MM) yang tampil untuk menyumbang masa dan tenaga demi menyokong usaha Pemerintah dalam mencegah berulangnya perlakuan jenayah.

Bagaimanapun, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan. Walaupun kadar kebentanan pesalah dalam tempoh dua tahun kekal rendah dan stabil, secara keseluruhan kadar kebentanan pesalah dalam tempoh lima tahun kekal sekitar 40 peratus.

Kita mahu lebih ramai bekas pesalah kita menjalani kehidupan bebas daripada dadah dan kancah jenayah setelah mereka dibebaskan. Untuk mencapai ini, kita perlu meningkatkan sokongan bagi bekas pesalah dengan mengukuhkan rangkaian yang positif dan mengekalkan motivasi mereka untuk berada di jalan yang betul.

Pelancaran Rangkaian Desistor

Atas sebab inilah Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) melancarkan Rangkaian Desistor (DN) pada bulan April lalu.

DN adalah sebuah kerjasama di antara SPS dan rakan-rakan masyarakat yang sehaluan dalam menyokong bekas pesalah integrasi semula ke dalam masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada usaha keseluruhan untuk menyediakan ekosistem sokongan yang lebih selaras, dengan dorongan daripada rakan-rakan masyarakat untuk mengatasi kadar kebentanan pesalah dalam tempoh lima tahun.

DN menyediakan ruang yang selamat dengan para ‘desistor’ boleh saling beri sokongan antara satu sama lain melalui perkongsian pengalaman hidup mereka sendiri.

DN juga akan bantu badan-badan organisasi berhubung dan beri sokongan antara satu sama lain dalam usaha mereka untuk bantu para ‘desistor’. SPS juga akan meluaskan peluang latihan kepada para desistor, yang kini disediakan untuk para relawan sahaja. Lebih 50 organisasi telah ikut serta DN, termasuk agensi-agensi khidmat sosial dan kumpulan-kumpulan agama.

Kisah-Kisah Desistor

Di dalam rangkaian ini terdapat ramai individu yang berinspirasi, bersemangat dan tidak melakukan kesalahan dalam masyarakat ada jangka masa yang lama. Mereka berbesar hati dapat tampil untuk mendampingi dan membantu bekas pesalah yang lain.

Salah seorang individu ialah Cik Norlinda. Beliau mula menyalah guna dadah pada usia muda tetapi berjaya mengatasi setiap cabaran dan kekal bersih selama lebih 20 tahun.

Cik Norlinda kini bertugas sebagai tukang masak dan pada masa yang sama, beliau juga seorang sukarelawan pembimbing rakan sebaya dan penyokong anti dadah bersama Persatuan Anti Narkotik Singapura (SANA) sejak tahun 2018.

Cik Norlinda menjadi relawan dengan SANA kerana berasa beliau dapat membantu mereka yang masih lagi dalam proses pemulihan. Beliau juga ingin menjadi contoh kepada kelima-lima anak beliau.

Cik Norlinda menyumbang sebagai seorang penyokong anti dadah dalam usaha Pendidikan Pencegahan Dadah SANA dengan berkongsi pengalaman hidup untuk meningkatkan kesedaran tentang kemudaratan penyalahgunaan dadah. Tahun lalu, Cik Norlinda diberi anugerah penghargaan pemimpin rakan sebaya semasa majlis anugerah untuk sukarelawan dan dermawan SANA, atas sumbangannya yang tidak ternilai.

Seorang lagi individu yang berinspirasi ialah Encik Safari, seorang sukarelawan ‘desistor’ bersama Industrial & Services Co-Operative Society Ltd (ISCOS).

Pertama kali Encik Safari melakukan kesalahan adalah pada usia 13 tahun dan dijatuhi hukuman probesen pada usia 16 tahun. Beliau kemudian dihantar ke pusat latihan pemulihan pada usia 17 tahun atas kesalahan kegiatan berkaitan geng. Beliau telah keluar dan masuk penjara selama 30 tahun atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Selepas dibebaskan pada 2016, Encik Safari memutuskan untuk membuka lembaran baru, untuk menjadi seorang anak yang lebih baik kepada ibunya yang semakin lanjut usia. Encik Safari mendapat pekerjaan sebagai pelayan dan atas usaha dan kerja keras, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pelatih pada tahun 2021 setelah menerima dua anugerah khidmat cemerlang. Encik Safari juga menjadi mentor kepada teman-teman sekerja yang juga bekas pesalah.

Encik Safari giat dalam aktiviti sukarelawan dalam masyarakat dan telah menyertai kumpulan sokongan ISCOS sejak tahun 2016 dengan beliau menerima dan pada yang sama memberi sokongan pro-sosial sepanjang perjalanan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Cik Norlinda dan Encik Safari adalah antara ramai yang berinspirasi di DN. Melihat ramai lagi seperti mereka yang kekal bebas daripada jenayah, menyumbang kepada masyarakat dan bantu membentuk kehidupan orang lain amat berinspirasi.

Akhir Kata

Menyokong ‘desistor’ dalam perjalanan pemulihan mereka adalah satu usaha yang tidak boleh dilakukan oleh MHA dan SPS sahaja.

Saya amat berterima kasih kepada sukarelawan dan rakan kongsi masyarakat yang ikut serta bersama MHA dan SPS dalam perjalanan ini. Saya yakin di masa hadapan pasti lebih ramai akan ikut serta DN dan bantu meningkatkan dan mengubah jalan hidup bekas pesalah ke arah yang lebih baik.

Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >