Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bola sepak: Dambakan ketelusan dan semakan yang bermakna

May 28, 2023 | 05:30 AM



LUMRAHNYA sesi sidang media dihadiri ramai wartawan, dipenuhi banyak pertanyaan dan ketikan kamera jurugambar.

Keghairahan serupa itu dapat dibayangkan bagi temasya sukan besar seperti Sukan SEA Kemboja, dengan pihak media, terutama dari rantau Asia Tenggara, berusaha mendapatkan berita terkini.

Namun, bagi perlawanan ketiga skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura menentang Laos dalam kumpulan B, ia pertama kali penulis menyaksikan perhatian media terhadap bola sepak luntur buat seketika.

Yang hadir di sidang media selepas perlawanan itu hanyalah penulis ini dan jurulatih skuad Singa, Philippe Aw.







Perlawanan itu menyaksikan Singapura seri 0-0 – keputusan yang sukar dihadam setelah skuad Singa terkial-kial mencipta peluang dan gagal mengawal rentak permainan.

Begitu juga halnya bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan antara Singapura dan Malaysia, dengan anak didik Aw dibaham 0-7.

Sekali lagi, hanya penulis ini hadir dalam sidang media tanpa kehadiran wakil media lain.

Sememangnya, kedua-dua perlawanan sedemikian bukanlah perlawanan tumpuan tetapi untuk bola sepak Singapura, ia seakan memberi gambaran bahawa pihak media seperti sudah lali dengan prestasi hambar pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Apa tidaknya, dalam lima edisi Sukan SEA berturut-turut, skuad bola sepak Singapura gagal berganjak ke peringkat seterusnya.

Jika ini bayangan yang diberikan pihak media, bagaimana pula tahap sokongan para penyokong bola sepak tanah air yang kemungkinan besar semakin merosot saban hari. Mereka dambakan perubahan.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah melaksanakan penilaian dan semakan terhadap prestasi hambar skuad bola sepak kebangsaan dalam Sukan SEA Kemboja untuk melakar langkah seterusnya daripada episod yang mengecewakan ini.

SEMAKAN PRESTASI

Baru-baru ini, pemangku presiden FAS, Encik Bernard Tan, mengumumkan satu panel telah dibentuk untuk menilai dan menyemak prestasi Singa Muda dalam temasya Sukan SEA Kemboja yang melabuhkan tirainya pada 17 Mei.

Panel tersebut terdiri daripada bekas jurulatih kebangsaan Jita Singh, naib presiden FAS Razali Saad dan anggota majlis FAS Lim Tong Hai dan Harman Ali.

Mereka diberi masa empat minggu untuk melakukan semakan. Laporan mereka kemudian akan dibincangkan secara dalaman selama dua minggu dan hasilnya akan diumumkan kepada ramai.

Ini menyusuli perkongsian ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Dr Su Chun Wei, dalam satu sidang media baru-baru ini bagi merumuskan prestasi Singapura dalam Sukan SEA kali ini.

Beliau berkata bola sepak adalah antara sukan yang memaparkan prestasi di bawah jangkaan.

Maka itu, langkah semakan itu amat dialu-alukan supaya aspek yang boleh dihalusi atau perlu diberi penekanan dapat dikenal pasti.

Menerusi semakan ini, FAS diharap tidak ‘menutup’ kekhilafan yang ada dan mengakuinya sebagai salah satu langkah kebertanggungjawaban yang wajar.


Pengakuan jujur adalah penting kerana peminat inginkan penjelasan dan penyelesaian dengan harapan bola sepak Singapura mempunyai masa depan lebih cerah.

Sebagai peminat bola sepak, penulis tidak mengharapkan kemenangan piala dunia – cukup sekadar menyaksikan ada perkembangan dari masa ke masa agar nama negara dapat dibanggakan di persada dunia.

PEMILIHAN PANEL

Antara kemusykilan ialah kriteria atau proses pemilihan anggota yang membentuk panel tersebut.

Demi ketelusan lebih baik dan lakukan proses penilaian dengan cara terbuka, mungkin ada baiknya kriteria pemilihan anggota dinyatakan secara jelas.


Kita melihat bahawa dalam banyak syarikat awam, ada proses audit dari luar yang dilakukan untuk menilai tahap pematuhan.

Proses serupa harus diaplikasikan dalam rangka menyemak kelakonan pasukan bola sepak kita agar sebarang kemungkinan kewujudan unsur berat sebelah dapat dielakkan kerana sekarang ini rata-rata anggota panel terdiri daripada anggota FAS, kecuali Encik Jita.

Bukan tujuan penulis menyangsi keabsahan dan kelayakan anggota panel yang ada.

Namun, penilaian holistik oleh pakar bola sepak daripada luar mungkin menampilkan pandangan berlainan tetapi berguna, atau dapat melihat daripada lensa berbeza.

Pada masa yang sama, sayang jika pandangan dan pengamatan beberapa pakar atau penggiat bola sepak tempatan yang telah berkecimpung dalam arena pembangunan teknikal bola sepak dan belia, seperti Kadir Yahaya, tidak dimanfaatkan.

Langkah sedemikian akan membangkitkan keghairahan di kalangan peminat dan penyokong bola sepak tempatan untuk melihat hasil semakan itu, mengikuti langkah yang bakal dilaksanakan oleh badan penyelenggara bola sepak tempatan untuk membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi.

Sama-sama kita nantikan hasil semakan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >