Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu gagal ke universiti, kini raih Pingat Emas di politeknik

Pelajar jadi calon pelajar cemerlang di Politeknik Nanyang
May 02, 2024 | 05:30 AM



Keputusan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ yang mengecewakan menyebabkan Encik Noorhakim Abdul Halim Hakim, 25 tahun, buntu dan hilang arah tuju tentang masa hadapannya.

Hanya meraih keputusan purata 40 mata, ia tidak melayakkan beliau untuk mara ke menara gading.

Sepanjang dua tahun jalani Perkhidmatan Negara (NS), barulah beliau mula memikirkan tentang pendidikannya dan sedar akan minatnya dalam bidang sukan dan perguruan.  

Beliau menerangkan minat itu timbul kerana jasa guru seni beliau sewaktu belajar di Sekolah Victoria. 

“Saya beruntung dapat guru seni itu, Encik Heng sebagai pendidik saya. Beliau seorang yang ikhlas yang melakukan apa sahaja untuk pelajar-pelajarnya. Sampai sekarang, beliau masih banyak membantu saya, sebagai contoh semasa pendaftaran universiti saya.

“Walaupun sudah sembilan tahun berlalu, saya masih bertemu Encik Heng untuk makan bersama dan saya anggap beliau seperti mentor dan ‘abang’ saya,” tambah beliau.

Berbekalkan minat yang ada, beliau meneruskan pengajian di Politeknik Nanyang (NYP) dalam jurusan Pengurusan Kesihatan dan Sukan (DSWM) walaupun keputusan GCE Peringkat ‘A’ beliau kurang memberangsangkan. 

Ternyata ia merupakan peluang keemasan untuk mengukir pencapaian terbesar dalam kehidupannya, bukan sahaja dari segi akademik malah dalam menabur bakti kepada masyarakat. 

Hasil usaha gigih selama ini, beliau telah tersenarai dalam Dekan NYP buat enam semester dan menerima anugerah sebagai lulusan terbaik kursus diploma yang diikutinya. Semasa majlis konvokesyen pada 2 Mei lalu, Encik Noorhakim meraih Pingat Emas – selaku pelajar terbaik dalam kursusnya itu.

Mengenang kembali sewaktu di Maktab Rendah Meridian, beliau kesal kerana tidak menitik-beratkan pembelajaran pada awalnya. Keadaan menjadi mencabar dengan beliau menghidap penyakit bladder sphincter dyssynergia yang menyebabkan beliau sukar memberi perhatian sepenuhnya dalam kuliah.


Penyakit tersebut yang beliau hadapi dari tahun 2018 hingga 2021 berpunca daripada otot di sekitar pundi kencing serta uretra tidak dapat berfungsi dengan betul, lantas menyukarkan pesakit sepertinya membuang air kecil.

Keadaan itu menyebabkan keputusan yang diperolehi lebih teruk daripada yang dijangkakan. 

Sebagai anak sulung dua beradik, Encik Noorhakim berasa telah mengecewakan dan membebankan lagi ibu bapanya yang sudah semakin tua. Lantas, terdetik dalam hati beliau untuk berubah.

Namun, azam tersebut ternyata bukan mudah untuk dicapai. 

“Saya putus harapan, tidak tahu kalau situasi saya boleh diperbaiki. Penyakit saya adalah satu cabaran yang telah betul-betul mencabar had kesabaran saya.  

“Tetapi saya cuba dengan sedaya upaya untuk tidak hilang semangat, bertawakal kepada Allah swt dan selalu berfikiran positif, mengukuhkan lagi sifat cekal saya.”


Inilah cara beliau atasi kesukaran setelah hanya melayakkan diri untuk ke politeknik berbanding rakan-rakan lain yang berjaya ke universiti. 

Beliau akui susah menerima hakikat dan kadangkala terasa hilang keyakinan diri. Tambahan pula, membiasakan diri dengan sekitaran di NYP mencabar kerana usianya yang lebih tua daripada teman-teman sekelasnya.

Selain mengajar beliau pentingnya kuat semangat, waktu yang diluangkan di NYP juga menyedarkan beliau pentingnya erti berjasa kepada masyarakat.

Di bawah projek ‘capstone’, beliau bekerjasama dengan Rainbow Centre untuk melancarkan ‘Project PoWerD’ yang bertujuan memperkasa kanak-kanak dan belia yang kurang berupaya.

Beliau memperkenalkan karnival yang mengadaptasikan beberapa permainan untuk disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan mereka yang kurang upaya.


“Melihat senyuman mereka, terutama kanak-kanak yang dapat mencuba permainan yang dulu mereka tidak mampu lakukan, membuat saya terus ingin berbakti sepanjang menjadi penuntut di NYP,” ujar Encik Noorhakim.


Meski projek tersebut sudah berakhir, beliau masih ingin terus melakukan kerja murni bersama Rainbow Centre. 


Kini beliau mengetuai projek sempena Hari Raya yang bakal dilancarkan pada 4 Mei. Ia merupakan usaha kelolaan beliau bersama beberapa pelajar lain dan Rainbow Centre buat pelajar dan keluarga sekolah tersebut.


Mengimbas kembali perjalanan hidupnya sebagai pelajar, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan adik perempuannya yang menjadi tunggak utama kejayaannya.


“Saya tidak rasa saya akan mencapai apa yang telah saya perolehi sekarang tanpa kedua-dua orang tua saya,” kongsi Encik Noorhakim.


Beliau berharap para belia Melayu yang berhadapan dengan kesukaran pembelajaran akan terus berusaha untuk berjaya dan menjadi inspirasi kepada orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >