Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tengah FC batal hasrat sertai SPL musim 2024/25 SPL

Apr 03, 2024 | 07:53 PM



Tiada kelab baru akan disertakan dalam musim 2024/2025 Liga Perdana Singapura (SPL) setelah sebuah kelab yang diberikan kelulusan secara prinsip oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk mengambil bahagian memutuskan untuk tidak menyertai liga itu.

Kelab itu difahami ialah Tengah FC meskipun FAS tidak mendedahkan identiti pasukan yang telah menerima kelulusan tersebut.

FAS, dalam satu kenyataan pada 3 April, juga berkata ia telah selesai menjalani proses menilai kelab berpotensi bertanding dalam musim 2024/2025 SPL.

Ini bermakna hanya sembilan kelab akan beraksi dalam musim SPL yang bermula pada Mei. 

Badan pentadbir bola sepak negara itu menambah ia telah menerima beberapa permohonan termasuk sebuah kelab yang telah diberikan kelulusan secara prinsip untuk menyertai liga. 

“Kelab yang disenarai pendek itu memasuki proses penilaian wajar, yang mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan. Memandangkan tarikh akhir yang ketat sebelum bermulanya SPL pada Mei 2024, kelab itu telah memutuskan untuk tidak bertanding musim 2024/25.

“Sebaliknya, ia akan memberi tumpuan kepada persediaan pasukan untuk musim 2025/26,” kata FAS.

Pada 17 Februari, Tengah FC, telah mengumumkan di laman Facebook ia menerima “kelulusan secara prinsip oleh FAS”.

Hantaran itu menyatakan: “Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Tengah FC sedang bersiap sedia untuk musim luar biasa... Kami bersedia untuk catatkan rekod sebagai kelab bola sepak kedua yang memasuki SPL tanpa sebarang geran daripada FAS.”

Ditubuhkan pada 2017, Tengah merupakan naib juara di peringkat keempat Liga Island Wide pada 2023 dan diterajui Louis Amalorpavanathan, yang bermain dalam Liga Perdana FAS dan Liga Bola Nasional pada 1980-an dan 1990-an.

FAS juga berkata ia kekal komited untuk menambah baik SPL dan akan terus meneroka peluang untuk meningkatkan pertandingan bola sepak domestik tertinggi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >