Sedang ramai rakan sebaya mereka meluangkan masa hujung minggu beristirahat bersama keluarga, pasangan adik-beradik ini sebaliknya memilih beraksi di padang demi mencapai cita-cita mereka dalam bola sepak.
Sejak 24 Februari, Naufal Zulfiqar Mohamad Hisham, 15 tahun, dan Nufah Asyura Mohamad Hisham, 12 tahun, bermain dalam Liga Belia Singapura (SYL) bersama pasukan masing-masing pada setiap hujung minggu.