Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Keengganan Bielsa ubah gaya 'gung ho' Leeds bawa padah

Mar 07, 2022 | 05:30 AM



KEMEROSOTAN Leeds United ke kancah kemungkinan tersingkir dari Liga Perdana jelas mendedahkan sesuatu perlu diubah.



Bagaimanapun satu perkara yang semua orang tahu tidak akan berubah ialah falsafah pengurus Marcelo Bielsa.



Ini bermakna jika Bielsa tidak akan berubah, maka beliau perlu diganti, dan itu telah terbukti.



Pemergian Bielsa, keputusan yang sudah pasti diambil dengan berat hati, menutup satu babak di mana pengurus yang sukar diramal itu menjadikan dirinya ikon di West Yorkshire itu.



Beliau bukan sahaja membawa Leeds semula ke Liga Perdana tetapi juga telah memberi kembali kehormatan dan kredibiliti kepada kelab yang terkenal itu.



Reputasi cemerlang pengurus dari Argentina berusia 66 tahun itu di kalangan rakan sebayanya dan statusnya dengan peminat Leeds United adalah berdasarkan prinsip teguh beliau bahawa bola sepak yang disajikan kepada penonton mesti menyeronokkan dan menceriakan kehidupan.



Apabila ia 'menjadi', ia adalah tontonan yang mengagumkan. Tetapi, jika ia 'tidak menjadi', ia mencetuskan bencana seperti mana Leeds alami sekarang selepas kalah 0-4 di tangan Tottenham Hotspur yang membuat mereka terperosok di tangga ke-16 di Liga Perdana.



Kelab itu juga telah dibolosi 60 gol, paling banyak dari kelab lain di liga.



Dan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, keengganan Bielsa mengubah gaya permainan Leeds telah menyebabkan ia kelihatan hilang arah dan mendedahkan gaya bola sepak yang rapuh dan lemah walaupun 'sedap di pandang mata'.



Bielsa, bagaimanapun, telah meninggalkan banyak kesan di Elland Road yang akan menjadikan beliau wira selama-lamanya dengan sokongan padu Leeds.



Penyokong menyambut baik persembahan menarik Leeds untuk mereka serta sikap Bielsa yang rendah hati juga sangat sesuai dengan ciri-ciri kawasan itu.



Peminat Leeds dengan tegas enggan mengubah kekaguman mereka terhadap bekas pengurus itu walaupun menghadapi keadaan yang sangat suram baru-baru ini.



Tetapi keengganan Bielsa untuk membuat perubahan pada gaya bola sepaknya telah membawa kepada keputusan yang akan menimbulkan kesedihan yang besar pada kelab dan di kalangan penyokongnya.



Bielsa boleh sahaja menyalahkan nasib malang kelab itu kepada kecederaan pemain tengah utamanya, Kalvin Phillips dari England, dan sumber utama gol Leeds, Patrick Bamford.



Ketiadaan mereka telah memberi kesan buruk terhadap keberkesanan pasukan, sementara mereka juga merindui pertahanan dan pemimpin yang berpengaruh, Liam Cooper.



Bielsa boleh mengatakan mana-mana pasukan juga akan terjejas dengan kehilangan pemain besar seperti itu, tetapi keinginan Bielsa untuk mengekalkan skuad yang agak kecil juga tidak membantu.



Leeds juga telah membuat persediaan bagi kemungkinan Bielsa pergi pada penghujung musim ini. Beliau berbekal dengan kontrak setahun dan desas- desus semakin lantang baru-baru ini bahawa masanya untuk pergi semakin hampir.



Ini juga bergantung kepada Leeds memilih untuk berpisah tetapi ancaman tersingkir dari Liga Perdana telah mempercepatkan proses itu.



Jurulatih dari Amerika Jesse Marsch, penyokong gaya Bielsa dan dikagumi oleh pengarah bola sepak Leeds, Victor Orta, telah disahkan menjadi pengurus baru walaupun ini dianggap sebagai satu 'perjudian' pada lewat musim ini.



Marsch menambat hati peminat di Red Bull Salzburg, di mana beliau memenangi dua kejuaraan Austria dan dua piala domestik, tetapi gagal dalam tugas terakhirnya di RB Leipzig, dan beliau dipecat selepas kurang enam bulan.



Beliau bukanlah seorang yang berpengalaman dalam hadapi tekanan mengelak daripada tersingkir dari Liga Perdana. Oleh itu, Leeds akan berharap bahawa beliau akan mampu bertindak pantas.



Bielsa pergi dengan reputasinya yang utuh di kalangan penyokong yang selamanya bersyukur kerana beliau meletakkan Leeds kembali di Liga Perdana yang dianggap memang wajar untuk mereka.



Beliau mengambil alih Leeds daripada tahun-tahun kegawatan kewangan sebelumnya, ditambah dengan masa yang menyedihkan di liga ketiga England, dan menamatkan masalah pengurus yang telah menjadi perkara yang memalukan bagi salah satu institusi bola sepak lama yang hebat itu.



Sehingga pemergiannya, peminat Leeds terima kelemahan dalam gaya Bielsa asalkan mereka menikmati persembahan menarik yang beliau berikan. Ia juga bukan tanpa ganjaran besar...apabila Leeds kembali ke Liga Perdana.



Kemungkinan kehilangan status yang dihasilakn Bielsa, serta cara Leeds dikalahkan secara kerap pada hari-hari sebelum pemergiannya juga menjadi pemangkin kepada keputusan yang menyakitkan itu.



Ada yang rasa ia keputusan yang melampau dan menyedihkan, tetapi ia juga langkah untuk hentikan Leeds dari terus merosot.



Marcelo Bielsa, bagaimanapun, adalah seorang jurulatih dan personaliti yang akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati peminat Leeds United. - Agensi berita




Ada yang rasa ia keputusan (menyingkirkan Bielsa) yang melampau dan menyedihkan, tetapi ia juga langkah untuk hentikan Leeds dari terus merosot.



Marcelo Bielsa, bagaimanapun, adalah seorang jurulatih dan personaliti yang akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati peminat Leeds United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >