Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SKIM BIASISWA KECEMERLANGAN SUKAN

Kiria, Jaris antara 17 atlet baru dapat Biasiswa Spex

SportSG: Program menyeluruh kecemerlangan sukan kini sokong 76 atlet daripada 24 cabang sukan
Jun 01, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 17 atlet baru dari lapan cabang sukan telah ditambah ke dalam senarai Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa Spex) semalam yang akan menyaksikan atlet-atlet ini mendapat sokongan menyeluruh bagi membantu aspirasi kesukanan mereka.



Srikandi lawan pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman, dan atlet boling, Jaris Goh, yang masing-masing telah membawa pulang pingat dari temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini merupakan antara nama yang menerima biasiswa itu tahun ini.



Buat julung kalinya sejak pelancaran Biasiswa Spex pada 2013, program itu kini merangkumi lebih ramai atlet daripada sukan berpasukan.



Kiria yang telah membolot dua pingat di Sukan SEA baru-baru ini - pingat perak bagi acara individu 'epee' dan pingat emas acara berpasukan 'epee' - berasa bersyukur dengan peluang yang diberikan ini.



"Biasiswa Spex ini akan memberi saya dorongan tambahan yang saya perlukan dari segi pembiayaan dan sokongan untuk berlatih dan bersaing di peringkat tertinggi.



"Saya berharap dapat membanggakan Singapura di Kejohanan Lawan Pedang Asia dan Dunia yang akan datang serta dalam kejohanan sukan utama dan pertandingan antarabangsa yang lain.



"Saya mahu menjadi atlet lawan pedang terbaik, dan dalam proses itu, memenangi lebih banyak pingat untuk Singapura," kata Kiria, 21 tahun.



Program Biasiswa Spex, yang masuk tahun ke-10, akan secara keseluruhan menyokong seramai 76 atlet daripada 24 sukan, menurut Sport Singapore (SportSG) dalam kenyataannya semalam.



Antara penerima baru lain termasuk Letitia Sim (renang), Jason Teh (badminton), Kampton Kam (lompat tinggi) dan Maximilian Maeder (luncur lelayang).



Buat julung kalinya, program itu juga akan memberi sokongan kepada atlet yang beraksi dalam sukan yang tidak termasuk dalam pertandingan utama seperti Sukan Olimpik, Asia, Komanwel dan Sukan Asia Tenggara.



Atlet terjun udara (skydiving) Singapura, Kyra Poh, juga merupakan antara nama dalam senarai yang dikeluarkan SportSG itu.



"Saya amat gembira kerana kami telah melanjutkan Biasiswa Spex ini kepada Kyra Poh, seorang atlet terjun udara tertutup yang telah cemerlang di peringkat dunia dalam sukan yang tidak disertakan dalam temasya sukan utama," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong,



Dengan itu, beliau berharap ia "akan menggalakkan kumpulan atlet yang lebih pelbagai untuk berusaha mencapai kecemerlangan sukan pada tahun-tahun akan datang".



Mengulas tentang penerimaan biasiswa ini, Poh berkata:



"Sukan terjun udara tertutup masih dianggap sebagai sukan khusus di rantau ini, justeru saya amat gembira menjadi penerima Biasiswa Spex yang akan memberikan sokongan yang lebih holistik kepada saya sebagai seorang atlet.



"Selain dapat berlatih dengan jurulatih terbaik dan bekerjasama dengan saintis sukan untuk meningkatkan teknik saya, saya juga boleh mendapatkan bimbingan dalam bidang seperti pembangunan akademik."



Di Sukan SEA ke-31 yang berakhir baru-baru ini, seramai 47 penerima biasiswa Spex menyertai temasya tersebut, dengan 43 daripada mereka berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat dan 22 pula memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat emas.



Encik Tong menambah bahawa ini adalah bukti keberkesanan sistem Sukan Berprestasi Tinggi (HPS) yang telah "menyediakan ramai atlet dengan sokongan yang disesuaikan secara individu dan menyeluruh untuk mencapai kecemerlangan sukan".



Sistem HPS direka untuk menyediakan sokongan holistik untuk atlet, menjangkaui sokongan kewangan, teknikal dan sains sukan, kepada aspek lain dalam kehidupan mereka seperti pendidikan, kerjaya dan pembangunan peribadi.



Rangka kerja Spex dengan itu turut merangkumi inisiatif seperti spexEducation dan skim spexBusiness untuk membantu aspirasi akademik dan kerjaya atlet setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >