Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kenapa Sancho tidak cemerlang apabila main untuk United?

Pemain pinjaman daripada Man U menyerlah bantu Dortmund kalahkan PSG dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara
May 02, 2024 | 01:53 PM



DORTMUND: Jadon Sancho menjadi topik perbualan Liga Juara-Juara pada 2 Mei.


Pemain yang dipinjam daripada Manchester United itu melepasi pertahanan pasukan kuat Paris St-Germain (PSG) berkali-kali dalam perlawanan pertama separuh akhir yang menyaksikan Borrusia Dortmund menang 1-0.

Prestasi Sancho membuat penyokong United tertanya-tanya mengapa kelab mereka tidak dapat membuat pemain tengah itu menghasilkan yang terbaik bagi mereka.

Pemain berusia 24 tahun itu menggelecek melepasi pemain lawan lebih banyak kali pada separuh masa pertama perlawanan itu daripada sepanjang 58 kali beliau bermain bagi United dalam Liga Perdana England (EPL).

Pemindahan Sancho ke Old Trafford, yang bernilai £73 ($124 juta) juta pada 2021, merupakan pemindahan mengecewakan, dengan pemain itu menjaringkan hanya 12 gol dalam 82 penampilan, dan hubungannya dengan pengurus United, Erik ten Hag, mengalami keretakan.

Namun, penyokong Dortmund dapat menikmati versi Sancho yang berbeza sejak beliau pulang ke Dortmund secara pinjaman pada Januari.

Prestasinya di Dortmund boleh membantu mereka mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid atau Bayern Munich di Stadium Wembley.

“Sancho kelihatan seperti pemain yang berbeza,” kata bekas penyerang Scotland, Ally McCoist, kepada media.

“Ia kerana beliau mendapat semula keyakinan diri dan telah menemui rentak permainan beliau. Beliau berada dalam persekitaran yang menyaksikan beliau digemari dan kelihatan seperti pemain yang berbeza.”

Sancho mengakhiri perlawanan itu dengan melepasi pemain PSG sebanyak 12 kali, jumlah terbanyak dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara musim ini.

Ia juga jumlah terbanyak dalam perlawanan separuh akhir liga itu sejak Lionel Messi melepasi pemain United sebanyak 16 kali pada 2008.

Dengan persembahan seperti itu, memang wajar Dortmund mahu Sancho kekal bersama mereka musim depan.

Namun, untuk menjadikan pinjaman itu satu pemindahan kekal, kededua United dan Dortmund perlu banyak bertolak ansur.

Dortmund tidak boleh memberi Sancho gaji yang dibayar United.

Namun, disebabkan tekanan untuk mematuhi peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR) EPL, United tidak boleh menyerahkan aset sebesar Sancho dengan murah.

Adalah jelas bahawa Sancho tidak mempunyai masa depan di United jika ten Hag kekal sebagai pengurus kelab itu.

Namun, ten Hag belum tentu akan kekal di United dan ini membuka kemungkinan Sancho pulang ke United sekalipun ramai orang berasa beliau mungkin menyertai pasukan lain musim depan.

Buat masa ini, Sancho dan Dortmund masih perlu menyelesaikan tugas mereka menyingkirkan PSG, yang masih mempunyai peluang untuk bangkit semula selepas ketinggalan hanya satu gol.

Keadaan mungkin lebih baik jika penyerang Dortmund, Niclas Fullkrug, memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang dicipta Sancho pada separuh masa kedua.

PSG juga akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak berjaya menjaringkan gol dengan banyaknya peluang yang dihasilkan.

Bagi Sancho, beliau kekal fokus dan mengelak sebarang soalan tentang masa depannya.

“Apabila penyokong menyokong kita, kita ada perangsang sejak mula. Namun, perlawanan ini belum berakhir, kami perlu pergi ke Paris untuk menewaskan PSG,” katanya kepada media. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >