Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dulu pemain simpanan, kini Alfieyan wira Meridian

Penyerang jaring gol tunggal bagi Meridian kalahkan Victoria, juarai bola sepak lelaki Bahagian B
May 08, 2024 | 06:47 PM



Sepanjang dua tahun lepas, penyerang Sekolah Menengah Meridian, Muhammad Alfieyan Jumahat, terkial-kial untuk mendapatkan masa bermain bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

Namun dia terus berlatih bersungguh-sungguh dan mengikuti nasihat jurulatih pasukan, Fabio da Silva, dengan teliti.

Ketabahan dan dedikasi Alfieyan akhirnya membuahkan hasil apabila da Silva menjadikannya pemain utama musim ini.

Pada 7 Mei, dia membalas kepercayaan jurulatihnya dengan menjaringkan gol untuk memberi Meridian kemenangan 1-0 ke atas Sekolah Victoria dalam perlawanan akhir kumpulan lelaki Bahagian B di Stadium Jalan Besar.

Alfieyan melompat tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran daripada sepakan percuma Qylfie Ryan Fazlie pada minit ke-11.

Jaringan Alfieyan dirai oleh rakan sekolahnya dan cukup untuk Meridian merangkul kejuaraan Divisyen B pertama mereka.

Pemain berusia 16 tahun itu juga menjadi penjaring terbanyak pasukannya dengan menyumbang tujuh daripada 18 gol mereka dalam sembilan perlawanan.

“Permainan saya telah banyak meningkat sejak daripada Menengah 2, ketika saya hanya memanaskan bangku simpanan.

“Sekarang saya berada dalam kesebelasan utama dan penjaring terbanyak pasukan.

“Saya bangga dengan diri saya, ia satu pencapaian besar. Gol saya menjadi gol kemenangan pasukan, saya gembira,” kata Alfieyan, lapor The Straits Times.







Da Silva yang memuji peningkatan Alfieyan berkata: “Sesetengah pemain mengambil masa beberapa tahun untuk menyesuaikan diri dengan tahap ini dan dia salah seorang daripada mereka.

“Dia menyahut cabaran itu dan bekerja keras untuk sampai ke sini.

“Sebagai jurulatih, itulah yang saya banggakan. Dia mengikut arahan saya dengan baik, bersungguh-sungguh untuk bertahan dan menyerang, dan bermain dengan baik dalam pertandingan ini.”

Meridian bermula dengan bermaih lebih agresif dan tidak takut untuk mengasak pemain Victoria.

Ia mengalami kesukaran untuk mencipta peluang selepas bolos satu gol pada awal perlawanan.

Da Silva berkata pasukannya berusaha untuk mengatasi ancaman terbesar Victoria – serangan balas, hantaran jauh dan gerak terancang (set piece) – sepanjang minggu.

Beliau menambah: “Kami menjaringkan gol pertama dan tahu pemain mereka disuruh menyerang, jadi saya memberi penghargaan kepada pasukan kami bagi komunikasi dan kerjasama mereka.”

Kapten Meridian, Muhammad Andry Akimi Mahmood, memuji ketabahan mental pasukannya.

“Kami semua memberikan 100 peratus dan tiada sesiapa putus asa. Kami kekal fokus dan berazam untuk memenangi perlawanan itu.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa bangganya saya. Tiada seorang pun daripada kami letih, malas atau takut, kami yakin.

“Kami tahu Victoria adalah sebuah pasukan yang bagus, jadi kami mahu memulakan dan menamatkan perlawanan secara agresif.”

Andry memuji da Silva dan menambah: “Kami gembira menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan bagi Meridian. Saya berbangga dengan pasukan kami dan berterima kasih kepada jurulatih atas pencapaian ini.

“Beliau mendorong kami pada setiap latihan, memberitahu kesilapan kami dan mengajar kami.”

Da Silva pula memuji usaha pasukannya, menonjolkan kerja yang mereka lakukan sepanjang 80 minit.

Beliau menggalak pasukan itu pada awal musim untuk mencipta sejarah.

Ditubuhkan pada 2017, pasukan tersebut sebelum ini hampir menjuarai pertandingan apabila mereka menamatkan saingan sebagai naib juara.

“Kami telah membanggakan sekolah kami dan saya sangat gembira untuk kumpulan pemain ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >