Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Carlos Alcaraz tersingkir, Jannik Sinner tarik diri dari Terbuka Madrid

May 02, 2024 | 03:21 PM



MADRID (Sepanyol): Harapan Carlos Alcaraz untuk menjadi pemain pertama memenangi kejuaraan Terbuka Madrid tiga kali berturut-turut musnah apabila pemain tenis pilihan kedua dari Sepanyol itu tewas 4-6 6-3 6-2 kepada pemain pilihan ketujuh dari Russia, Andrey Rublev, semasa perlawanan suku akhir pada 1 Mei.


Juara Grand Slam sebanyak dua kali berusia 20 tahun itu tidak bermain pada tahap terbaik walaupun menang set pertama dalam masa 41 minit, manakala Rublev mempamerkan aksi jauh lebih baik yang mengakhiri rentak kemenangan Alcaraz dalam 14 perlawanan pada kejohanan ATP Masters 1000.

Ini akan menjadikan separuh akhir yang pertama bagi Rublev di Madrid.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami empat kekalahan berturut-turut sebelum menyertai pertandingan itu.

“Mungkin minggu ini melegakan tetapi minggu depan kami kembali kepada perkara sama... jadi lebih baik jangan berfikir (tentang kemenangan ini) dan jangan berfikir ‘oh, betapa baik semuanya’, seperti yang berlaku (pada saya) pada awal musim,” kata Rublev.

“Kemudian selama enam minggu, saya tidak memenangi apa-apa. Jadi, lebih baik untuk tidak berfikir (tentang kemenangan ini)... Ia hanyalah pengalaman ketika ini. Ia berlaku kepada semua, setiap pemain melalui detik-detik ini.

“Perkara paling penting ialah terus bekerja keras dan menambah baik. Kemudian ingat bahawa masa seminggu boleh mengubah apa sahaja,” tambahnya.

Rublev mengatasi Alcaraz dalam set penentuan, dan mendahului 4-1 dalam perlawanan.

Rublev akan menentang pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz, pada separuh akhir pada 3 Mei selepas pemain pilihan ke-12 itu menewaskan pemain Argentina, Francisco Cerundolo 6-1 3-6 6-3.

Alcaraz adalah pemain Sepanyol terakhir yang beraksi selepas pemenang Grand Slam 22 kali, Rafael Nadal tersingkir daripada kejohanan itu, berikutan kekalahannya kepada pemain ranking ke-31 Republik Czech, Jiri Lehecka, pada pusingan 16 pemain terbaik pada 30 April.

Setelah berjaya mempertahankan kejuaraan Indian Wells pada Mac dan mara ke suku akhir Terbuka Miami, lengan kanan Alcaraz tercedera semasa satu sesi latihan di Monaco, menyebabkan beliau sukar bermain dengan baik pada permulaan musim gelanggang tanah liat.

Pilihan pertama Jannik Sinner dari Italy yang dijadual menentang pemain Canada Felix Auger-Aliassime pada suku akhir Terbuka Madrid pada 2 Mei, telah menarik diri daripada kejohanan itu kerana mengalami kecederaan pinggul.

“Saya amat sedih kerana terpaksa menarik diri daripada perlawanan seterusnya di Madrid,” kata Sinner di wadah media sosial X.

“(Kecederaan) pinggul saya telah mengganggu saya minggu ini, dan ia semakin menyakitkan.

“Kami menerima nasihat doktor dan memutuskan adalah lebih baik untuk tidak bermain lagi dan memburukkan lagi keadaan,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >