Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Bekas bos Watford Javi Garcia pengurus baru Leeds

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Leeds United telah mempersetujui syarat bersama bekas bos Watford, Javi Garcia, untuk mengambilnya sebagai pengganti Jesse Marsch selaku pengurus.



Marsch dipecat pada 6 Februari tetapi Leeds berdepan beberapa halangan ketika mencari penggantinya.



Garcia, warga Sepanyol berusia 52 tahun, memimpin Watford ke perlawanan akhir Piala FA pada 2019, sebelum mengurus Valencia dan kelab Qatar Al Sadd.



Leeds kini menghuni tangga ke-19 Liga Perdana England (EPL) dan akan menyambut kedatangan pasukan tercorot liga, Southampton, dalam perlawanan mereka yang seterusnya pada Sabtu.



Kelab itu berkata Garcia dilantik atas "kontrak fleksibel" dan akan mengendalikan pasukan itu menentang Saints "tertakluk pada mendapatkan kebenaran kerja yang diperlukan".



Bos pasukan bawah 21 tahun Leeds, Michael Skubala, dilantik sebagai pengendali sementara sejak pemecatan Marsch, walaupun pemilik kelab Andrea Radrizzani pada awalnya menjanjikan pelantikan pantas pengurus baru.



Usaha mendapatkan Andoni Iraola daripada Rayo Vallencano disekat, manakala pengendali Feyenoord Arne Slot menolak jawatan itu.



Bekas pengurus Ajax Alfred Schreuder tersingkir menyusuli reaksi negatif daripada ramai peminat, dan Carlos Corberan - yang sebelumnya bertugas di bawah Marcelo Bielsa di Leeds - telah menandatangani kontrak di West Brom.



Garcia dipecat oleh Watford pada September 2019 selepas permulaan hambar pada musim itu.



Dilantik pada Januari 2018, beliau membawa Hornets ke tangga ke-11 Liga Perdana dan perlawanan akhir Piala FA pertama mereka dalam 35 tahun pada satu-satunya pelantikan musim penuhnya.



Garcia memenangi 18 daripada 56 perlawanannya sebagai pengurus dalam Liga Perdana, mencapai purata 1.18 mata setiap perlawanan.



Leeds hanya menang empat perlawanan liga musim ini, yang terakhir ke atas Bournemouth pada 5 November.



Pada Sabtu lalu, mereka gagal mencipta walau satu tendangan pada sasaran dalam kekalahan 0-1 pada pasukan yang juga sedang terkial-kial, Everton. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >