Beberapa penyedia khidmat yang telah membuka tempahan awal bagi pakej korban di luar negara telah mula menerima pesanan bagi ternakan yang ditawarkan, namun bilangannya masih agak rendah.
Gerakan SalamSG kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), yang buat kali pertama membuka tempahan bagi pakej korban tiga minggu lebih awal berbanding kebiasaannya pada 24 Mac, telah menerima sekitar 600 tempahan sejauh ini.