Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Skim sokongan bantu warga dibuang kerja diumum akhir 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim sokongan bantu warga dibuang kerja diumum akhir 2024

Apr 27, 2024 | 07:02 PM



Warga Singapura yang dibuang kerja akan menerima lebih banyak sokongan di bawah skim baru yang akan diumumkan menjelang penghujung 2024, jelas Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Dalam satu amanat Hari Pekerja pada 27 April, beliau berkata: “Kadar perubahan dalam ekonomi semakin pantas, dan kita tahu bahawa lebih ramai pekerja berkemungkinan akan berhadapan dengan masa sukar.

“Kita telah mendengar dan menyahut seruan untuk terus menyokong pekerja yang mendapati diri mereka digantikan bukan atas sebab kesalahan sendiri.”

Skim sokongan pengambilan kerja semula, yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada 2023, akan membantu pekerja yang diberhentikan bangkit semula.

Dalam ucapannya, Encik Lee kemudian berkata bahawa pemerintah akan memberikan individu sokongan kewangan sementara agar mereka boleh memberi tumpuan meningkatkan kemahiran mereka untuk pekerjaan jangka panjang yang lebih baik.

Encik Lee berkata: “Ia akan menjadi jaringan keselamatan sementara bagi membantu anda memenuhi keperluan segera untuk membebaskan anda dalam mempertingkatkan kemahiran dan berlatih, sambil anda mempersiapkan diri bagi pekerjaan jangka panjang yang baik.”

Dr Tan memberitahu Parlimen pada 4 Mac bahawa pemerintah “hampir memuktamadkan garis penentuan bagi skim ini” dan memberi jaminan bahawa ia telah “melihat amalan terbaik di seluruh dunia”.

Amanat Hari Pekerja Dr Tan juga menggariskan keutamaan kementeriannya bagi tahun akan datang.

Beliau berkata: “Sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, kita akan terjejas oleh gangguan dalam persekitaran global yang tidak menentu, tetapi kita diperkukuhkan oleh kepercayaan dan keyakinan yang kita miliki antara satu sama lain.

“Marilah kita mempersiapkan pekerja agar bersedia untuk pekerjaan masa hadapan, serta mempromosikan tempat kerja yang adil, progresif dan selamat, yang memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.

“Dengan membantu pekerja kita kekal relevan dan perniagaan kita kekal berdaya saing, kita dapat membesarkan hasil ekonomi supaya lebih banyak dapat diterima oleh semua.”

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) ingin menggalakkan pekerja mengambil program latihan untuk meningkatkan kemahiran.

Salah satu inisiatif melibatkan mempertingkat program penukaran kerjaya, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), dengan meningkatkan had sokongan gaji dan elaun latihan bulanan untuk tugasan penempatan pekerjaan.

Dr Tan juga mengulangi komitmen pemerintah dalam memastikan amalan tempat kerja yang adil dan berasaskan merit.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak untuk membentuk norma tempat kerja seiring dengan Perundangan Kesaksamaan Tempat Kerja akan datang yang akan mengukuhkan perlindungan untuk pekerja terhadap diskriminasi di tempat kerja.

“Kami juga melancarkan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Pengaturan Kerja Fleksibel (TG-FWAR), yang mencerminkan komitmen bersama kami ke arah menjadikan aturan kerja fleksibel berkesan dan mampan untuk pekerja dan perniagaan,” tambah beliau.

Garis panduan itu, yang diumumkan MOM pada 15 April, akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >