Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Shanmugam bentang sebab S’pura perangi dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam bentang sebab S’pura perangi dadah

May 08, 2024 | 07:13 PM



Singapura giat memerangi gejala dadah, dan ribuan orang akan menderita jika negara tidak menentangnya atau kalah dalam memeranginya, kata Menteri Dalam Negeri K. Shanmugam.

Membentangkan kenyataan menteri di Parlimen pada 8 Mei mengenai pendekatan Singapura mengawal dadah, beliau memetik beberapa jenayah berkaitan dadah yang mengakibatkan kematian orang mereka yang menyalah guna dadah.

Beliau mengecam beberapa aktivis kerana memberi gambaran sistem keadilan jenayah tidak adil terhadap pengedar dadah.


Dalam kenyataannya, Encik Shamugam, yang juga Menteri Undang-undang, membentangkan situasi narkotik sejagat dan serantau bagaimana perdagangan dadah telah menjejas keselamatan dan kehidupan rakyat.

Berhampiran Singapura, di Asia Tenggara, Golden Triangle – sempadan antara Myanmar, Thailand dan Laos – merupakan wilayah pengeluar dadah utama. 

Menurut Encik Shanmugam, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) melaporkan pada 2022 bahawa Asia Timur dan Tenggara mempunyai kes Meth (methamphetamine) yang meluas.  

Pada 2022 sahaja, 151 tan dadah Meth telah dirampas di wilayah itu.

Dalam tempoh enam bulan selepas pengesahan ganja, bilangan penagih meningkat empat kali ganda.

Negara jiran, Malaysia, juga menyaksikan rampasan ganja melonjak daripada 3,700 kilogram pada 2021 kepada 6,200 kilogram pada 2022.

Malah negara dunia pertama di Eropah turut “terjejas teruk”, kata Encik Shanmugam, dengan pelabuhan mereka digambarkan sebagai “hab dadah” dan “tempat selamat untuk menjalankan kegiatan narkotik”.

“Separuh daripada semua pembunuhan dan lebih daripada satu perempat daripada rampasan senjata api haram dikaitkan dengan pengedaran dadah” di Eropah. 

Mengambil Belanda sebagai contoh, Encik Shanmugam berkata terdapat “rekod lebih 60,000 kilogram kokain dirampas oleh Kastam Belanda pada 2023.” 

Di bandar pelabuhan Rotterdam, kanak-kanak, sebahagiannya hanya berumur 14 tahun, direkrut sebagai “pengumpul kokain” – untuk mendapatkan dadah dari kontena penghantaran.

Pada Januari lalu, Datuk Bandar Amsterdam berkata Belanda berisiko menjadi “negara narkotik” kerana perdagangan dadah haram telah berkembang “lebih menguntungkan, profesional, dan ganas tanpa belas kasihan”. 

Ini adalah kenyataan yang sangat serius, ujar Encik Shanmugam.


Ketua kesatuan polis terbesar di Belanda berkata negara itu mempunyai ekonomi selari yang dikawal oleh kumpulan jenayah terancang, tembakan dan pembunuhan.

Seorang bekas Menteri Kehakiman dan Keselamatan berkata bahawa “keganasan yang berlebihan” terhadap ahli politik, peguam dan wartawan, adalah “tidak lagi tabu”.


Di wilayah Amerika Selatan pula, yang mempunyai 21 negara, merupakan salah satu wilayah yang dikatakan mempunyai 18 negara sebagai sumber utama atau negara pertukaran untuk kokain.

Ecuador, yang pernah dianggap sebagai negara aman, kini hancur akibat dadah dan keganasan. 


Encik Shanmugam berkata: “Dari 2018 hingga 2022, kadar pembunuhannya meningkat empat kali ganda. Kadar pembunuhan kini adalah yang kelapan tertinggi di dunia.”


Pada masa yang sama, Encik Shanmugam berkata terdapat beberapa negara memilih untuk membolehkan dadah.

“Mereka mengambil pendirian bahawa penggunaan dadah adalah pilihan peribadi, dan tidak dipandang serong dan dibenarkan dalam keadaan tertentu,” tambah beliau.


Namun, dasar tersebut diubah semula selepas menyedari bahawa hasil dasar itu “tidak seperti yang dijanjikan”.

Seperti Oregon, Amerika Syarikat, pada 2020, penggunaan dan pemilikan sejumlah kecil kebanyakan dadah, termasuk kokain, Meth dan heroin, tidak lagi disifatkan sebagai satu jenayah.


Sebanyak 58 peratus pengundi yang menyokong perkara ini berpendapat bahawa pelonggaran undang-undang itu dapat dijadikan sebagai keutamaan kerana dasar demikian dapat membantu penagih dadah berasa lebih diterima masyarakat dan dapatkan rawatan sewajarnya.


Selepas dasar itu diteruskan, jumlah kematian akibat berlebihan dadah meningkat lebih daripada dua kali ganda daripada kira-kira 600 pada 2019 kepada 1,300 pada 2022.

“Orang ramai berasa sangat tidak selamat di jalanan, perniagaan mula merosot dan keadaan menjadi sangat teruk,” kata Encik Shanmugam.


Menjelang Ogos 2023, kebanyakan orang di Oregon mahu memansuhkan langkah itu, dan mereka melakukannya pada 2024.

Encik Shanmugam berkata bukti menunjukkan bahawa “adalah perlu untuk melindungi rakyat kita, mencegah kemusnahan beribu-ribu keluarga, dan mencegah kehilangan beribu-ribu nyawa”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >