Sekolah Rendah West Spring dan Sekolah Menengah Commonwealth masing-masing menjadi juara kategori sekolah rendah dan menengah Peraduan TikTok dan Video yang dianjurkan akhbar pelajar Berita Harian (BH), Gen G.
Kemenangan itu diraikan dalam majlis penyampaian hadiah di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 27 Mac.
Menerusi peraduan itu, pelajar sekolah menengah dan rendah diundang untuk mengirim video atau TikTok di mana mereka boleh melakonkan, menari atau menyanyi babak filem seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Madu Tiga, Tiga Abdul, Bujang Lapok dan sebagainya.
Lebih 100 penyertaan diterima setelah pendaftaran ditutup pada 9 Februari. Setiap sekolah boleh mengirim maksimum dua penyertaan dengan setiap video tidak melebihi satu minit.
Kumpulan daripada Sekolah Rendah West Spring, yang menggelarkan diri mereka Geng 20 Persen!, terdiri daripada Nabilah Insyirah Muhammmad Noor Irwan, Zea Izzara Mohammad Hazad, Muhammad Dayyan Muhammad Danial dan Rayyan Dean Dhillon. Kesemua mereka berusia 10 tahun.
Mereka menewaskan 33 kumpulan lain dalam kategori sekolah rendah.
“Saya berasa amat bangga apabila berjaya meraih juara bagi peraduan ini,” ujar Rayyan ketika ditemui BH.
Zea Izzara turut berkongsi semangatnya dalam menyertai peraduan tersebut.
“Apabila cikgu saya menunjukkan butiran mengenai peraduan ini, saya tawarkan diri saya kerana saya gemar berlakon,” ujarnya.
Kumpulan pemenang kategori sekolah menengah, yang dikenali dengan nama Kelab Wanita Berwawasan, diwakili oleh Nour Ryiesha Ezzaty Muhammad Syarril, Nur Asyura Muhammad Amin, Anggun Quraisyah Zulfkeflee dan Nasha Nor Eliza Isrino.
Pelajar Sekolah Menengah Commonwealth itu muncul juara di antara penyertaan 68 kumpulan sekolah menengah.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa kami menang tempat pertama, namun gembira dan bangga dengan usaha pasukan saya,” kata Nour Ryiesha Ezzaty.
Rakannya, Nasha, pula berkongsi bagaimana pengalaman tersebut “mendedahkan saya kepada filem P. Ramlee klasik seperti Madu Tiga”.
“Saya kini lebih tertarik untuk menonton dan menyelami hasil karya P. Ramlee yang lain,” tambahnya.
Hantaran video atau TikTok itu dinilai oleh panel tiga pengadil yang terdiri daripada Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh; Pakar Kanan Rekaan Media Untuk Pembelajaran Kementerian Pendidikan (MOE), Cikgu Asnida Daud; dan Ketua Gaya Hidup BH, Cik Haryani Ismail.
Mengulas mengenai mutu dan kreativiti video yang dihasilkan oleh pelajar dalam meraikan legasi seniman agung, P. Ramlee, Datuk Khairul, berkata: “Saya amat terhibur dengan hasil video yang dihantar. Semuanya comel belaka.
“Yang menarik ialah elemen pengajaran dan moral yang diangkat dalam persembahan yang dibuat oleh para pelajar,” katanya.
Hadiah e-baucar CapitaLand trofi serta sijil bagi tempat pertama hingga ketiga disampaikan oleh tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.
Selain penyampaian hadiah utama untuk kategori sekolah menengah dan rendah, peserta lain turut diiktiraf dalam kategori khas bagi anugerah Video Paling Kreatif, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Penampilan Terbaik.
Dalam ucapan pembukaan majlis, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata:
“Kehebatan filem ini (P. Ramlee) bukan sahaja dari segi jalan cerita dan lakonan tetapi juga dari segi dialog yang mencerminkan nilai dan budaya masyarakat.
“Justeru melalui peraduan ini, kami ingin mengajak generasi muda menghayati karya-karya beliau di samping membuat adaptasi melalui wadah baru seperti TikTok dan Video.”
Senarai Pemenang Peraduan TikTok dan Video Gen G
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
-
Tempat Pertama: Sekolah Rendah West Spring (Geng 20 Persen!)
Nabilah Insyirah Muhammad Noor Irwan
Zea Izzara Mohammad Hazad
Muhammad Dayyan Muhammad Danial
Rayyan Dean Dhillon
-
Tempat Kedua: Sekolah Rendah Fuhua (Fuhua Baba)
Ahmad Rifa’i Alqadri
Yusuf Rashideen Muhammad Samsul Ariffin
Absyar Nabhan Abdul Rahman
Sofia Arissa Mohamed Fadly
-
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Evergreen (Kumpulan 2)
Norzafeera Amelia Muhammad Zulhilmi
Nur Izzati Jasli
Safiyyah Qhairul Amin
Noman Aqib Muhammad Najib
Kategori Khas
-
Video Paling Kreatif: Sekolah Rendah St. Anthony’s (Ratna Jalan Ampas)
Muhammad Azriel Arasy Mohammad Hazri
Puteri Nur Qaifa Muhammad Redza
Nur Irdina Safiah Norhasri
Nur Shazana Qisrifina Abdullah
-
Pelakon Lelaki Terbaik
Adam Shaquille Muhammad Shafiq dari Sekolah Rendah Chua Chu Kang (Kumpulan 1)
-
Pelakon Wanita Terbaik
Adeena Mysha Mohamed Rafi Khan dari Sekolah Rendah Bedok Green (BGPS Hebat!)
-
Penampilan Terbaik: Sekolah Rendah Mayflower
Nur Qisya Asyura Muhammad Zaki
Nur Lutfiya Ulfa Muhammad Iradi
Nur Natra Asyqilia Hamim
-
Pengiktirafan Khas Juri: Sekolah Rendah Ang Mo Kio (Kumpulan 1)
Mohammad Daneyal Waseem Abdullah
Iris Nur Delisha Muhammad Asraf
Muhammad Anas Zaki
Safiyah Marissa Marzuk
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
-
Tempat Pertama: Sekolah Menengah Commonwealth (Kelab Wanita Berwawasan)
Nour Ryiesha Ezzaty Muhammad Syarril
Nur Asyura Muhammad Amin
Anggun Quraisyah Zulkeflee
Nasha Nor Eliza Isrino
-
Tempat Kedua: Sekolah Menengah Deyi (Pendekar Deyi)
Danial Dikhrish Muhammad Fairuz
Muhammad Nur Anaqi Bin Muhd Sodikin
Aqil Lutfi Fadzil
Haikel Akeem Mohamad Anuar
-
Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kranji (Kumpulan 1)
Adam Irfan Zulkifli
Muhammad Darwisy Haqq Muhammad Farudin
Faiqah Tsaqifah Samad
Kavan Kumar Panday
Kategori Khas
-
Video Paling Kreatif: Sekolah Menengah Hua Yi (Skuad Pinang Sebatang)
Puteri Adriana Amani Zulkifli
Daiyan Hasydan Edica Farthiar
Teuku Shahrul Bahriyana Baharom
Taqif Mirza Halmie
-
Pelakon Lelaki Terbaik
Chan Yun Fong dari Sekolah Tinggi Nan Chiau (Kumpulan Semberani)
- Pelakon Wanita Terbaik
Dahya Nasuha Md Nasrul Muhaimin dari Sekolah Menengah Marsiling
-
Penampilan Terbaik: Sekolah Menengah Boon Lay (sastrEA)
Akid Ahnaf Zuraime
Anggun Qistina Md Zaidi
Edreena Faizad
Siti Elysha Mazli
-
Pengiktirafan Khas Juri: Sekolah Victoria
Mohamad Muadz Mohamed Ashiq
Muhammad Danish Abdullah
Aminnur Hakeem Aminurrashid
Reyhan Abdillah Mohamed Fareed