Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Rekod tertinggi 510,000 orang lalui pusat pemeriksaan Tuas, Woodlands pada 28 Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rekod tertinggi 510,000 orang lalui pusat pemeriksaan Tuas, Woodlands pada 28 Mac

ICA: Jangka sesak di kededua pusat pemeriksaan darat ketika tinggalkan S’pura pada 29, 30 Mac, dan masuk pada 31 Mac
Mar 29, 2024 | 05:04 PM



Lebih setengah juta pengguna melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 28 Mac, sehari sebelum hujung minggu panjang bermula sempena cuti umum Good Friday, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA),

Seramai 510,000 pengguna melalui dua pusat pemeriksaan itu untuk memasuki Malaysia pada hari tersebut.

Ia jumlah tertinggi pengguna menggunakan pusat pemeriksaan darat dalam sehari, kata ICA dalam satu kenyataannya pada 29 Mac.

Jumlah itu melebihi rekod sebelumnya, pada 15 Mac, apabila hampir setengah juta pengguna melalui pusat pemeriksaan darat.

ICA berkata ia mendapati kesesakan kenderaan memanjang dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands sepanjang 28 Mac, mengakibatkan barisan kenderaan yang memanjang hingga melebihi Ekspreswe Seletar.

Kesesakan juga berlaku di Linkedua, memanjang dari Malaysia hingga ke Pusat Pemeriksaan Tuas, tambah ICA.

Penguasa itu berkata pengguna boleh menjangka kesesakan trafik pada 29 dan 30 Mac di kededua pusat pemeriksaan darat, memanjang dari pusat pemeriksaan Malaysia bagi pemandu yang meninggalkan Singapura.

Kesesakan besar juga dijangka pada 31 Mac, apabila pengguna pulang ke Singapura dari Malaysia.

ICA menasihati pengguna yang melalui pusat pemeriksaan darat dalam tempoh ini supaya mengambil kira masa menunggu tambahan untuk melepasi imigresen.

“ICA juga meminta pengguna memahami (keadaan) dan kerjasama mereka untuk bersabar, mematuhi peraturan trafik, menjaga disiplin lorong, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat,” kata ICA.

Kemas kini mengenai keadaan trafik boleh didapati di halaman Facebook ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >