Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Reben Kuning, SPS tawar lebih peluang latihan, pekerjaan bagi banduan, bekas pesalah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Reben Kuning, SPS tawar lebih peluang latihan, pekerjaan bagi banduan, bekas pesalah

May 01, 2024 | 05:31 AM



Banduan dan bekas pesalah bakal menerima lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan termasuk di sektor baru dan sedang membangun.

Mereka juga akan mendapat sokongan lebih teguh dari masyarakat di bawah rangka kerja lima tahun baru yang dibentangkan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG).

Kerangka Pemulihan 2030 itu dilancarkan pada 30 April semasa acara kemajuan korporat kedua-dua agensi tersebut di Singapore Expo yang dihadiri sekitar 600 pegawai dan kakitangan SPS dan YRSG serta rakan-rakannya.

Ia menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan taraf hidup banduan serta sokongan kepada keluarga dalam perjalanan pemulihan mereka, dengan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya ekonomi serta ketahanan sosial supaya mereka kekal jauhi diri dari jenayah.

Ini termasuk meningkatkan peluang pekerjaan serta membina sebuah ekosistem sokongan bagi bekas pesalah dalam masyarakat. Ia juga bermatlamat menyokong pembangunan pegawai penjara atau ‘Nakhoda Kehidupan’ bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran pemulihan yang kian berkembang, kata SPS dalam kenyataannya.

Dalam ucapannya di acara itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata Kerangka Pemulihan 2030 merupakan satu daya usaha yang “melibatkan seluruh masyarakat.”

Beliau berkata, rangka kerja tersebut “menambah baik” asas yang telah dicapai Kerangka Pemulihan 2025.

“Matlamatnya bukan setakat menjamin pemulihan para pesalah, tetapi juga meningkat taraf kehidupan mereka dan keluarga mereka,” katanya merujuk kepada pengukuhan daya ekonomi dan sosial golongan banduan dan bekas pesalah.

Dari segi ekonomi, Encik Shanmugam berkata ia penting bagi bekas pesalah terus mempunyai pekerjaan agar mereka dapat menjauhi diri daripada jenayah lagi dan terus mempertingkat kemahiran serta mencari nafkah bagi keluarga mereka.

Satu contoh dilancarkan pada 2023 adalah inisiatif Sandbox Reben Kuning yang bermatlamat memperluas peluang pekerjaan dan latihan dalam sektor-sektor yang baru dan sedang membangun.


Pada 2024, YRSG akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk memperluas lagi peluang tersebut dalam sektor layanan dan pelancongan, meliputi hotel, agensi pelancongan, kesejahteraan serta kecantikan.

Dari segi daya sosial pula, SPS dan YRSG telah memperkenalkan beberapa langkah bagi membantu banduan dan bekas pesalah membina dan mengekalkan hubungan baik bersama keluarga mereka.

Program yang ditumpukan terhadap keluarga telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 banduan dan SPS juga bekerjasama dengan lebih 20 pertubuhan untuk menawarkan sokongan kepada sekitar 1,000 kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa menjalani hukuman penjara pada 2023.

Merujuk kepada pencapaian Kerangka Pemulihan 2025, antara lain Singapura telah mencapai kadar kebentanan tempoh lima tahun rendah pada 36.8 peratus bagi golongan banduan yang dibebaskan pada 2018 – kadar paling rendah dalam tempoh lima tahun.

Terdahulu di bawah rangka kerja, SPS telah melancarkan daya usaha sebuah penjara tanpa pengawal dan tanpa dinding – antara lain memperkenalkan beberapa teknologi seperti kaedah pemeriksaan air kencing automatik bagi memudahkan urusan bekas banduan, dan sebuah Kompleks Selarang Park yang dikawal 100 peratus menerusi kaedah kamera litar tertutup.

Pada masa yang sama, dengan sokongan rakan masyarakat, majikan dan institut pendidikan di sini, terdapat lebih peluang bagi banduan melanjutkan pelajaran mereka di penjara – ke peringkat ijazah dan diploma – serta membina kemahiran mereka dalam beberapa bidang tertentu.

Pesuruhjaya Penjara Shie Yong Lee berkata, bilangan banduan yang sedang menjalani tempoh penghujung hukuman mereka di peringkat masyarakat telah meningkat dan setakat ini, satu daripada setiap empat banduan sedang menjalani tempoh tersebut di bawah penyeliaan SPS dengan bantuan daripada YRSG dan pihak rumah peralihan tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >