Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Reben Kuning rai ulang tahun ke-20 dengan konsert, penerbitan dalam talian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Reben Kuning rai ulang tahun ke-20 dengan konsert, penerbitan dalam talian

Apr 30, 2024 | 07:36 PM



Orang ramai bakal menikmati pelbagai acara yang memaparkan bakat pesalah serta mempelajari lebih banyak tentang usaha menawarkan peluang kedua bagi bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat sempena sambutan ulang tahun ke-20 Reben Kuning Singapura (YRSG) pada 2024.

Pertama, satu penerbitan dalam talian berjudul Reben Kuning: Perjalanan Peluang Kedua Kami telah dilancarkan pada 30 April semasa seminar kemajuan korporat Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan YRSG.


Acara itu, dihadiri sekitar 600 pegawai dan kakitangan SPS, YRSG dan rakan-rakannya, turut mengumumkan rangka kerja Kerangka Pemulihan 2030 SPS-YRSG yang bermatlamat menawarkan lebih banyak sokongan kepada banduan dan bekas pesalah dari sudut ekonomi dan sosial.

Penerbitan elektronik itu, dipisahkan kepada tiga bahagian, menunjukkan perjalanan Projek Reben Kuning (YRP) sejak permulaannya serta kisah-kisah berinspirasi mengenai bagaimana pesalah dan bekas pesalah menggunakan bakat mereka untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

Bahagian pertama penerbitan itu, diterbit pada acara tersebut yang bertajuk “Membuka Penjara Kedua”, menceritakan tentang pencapaian dan sumbangan YRP sejak dua dekad lalu.

Bahagian kedua dan ketiga yang mengupas tentang sokongan masyarakat terhadap pemulihan bekas pesalah ke pangkuan masyarakat, serta sumbangan bekas pesalah terhadap masyarakat, bakal diterbit kelak.

SPS dan YRSG juga melancarkan kempen bertajuk “Jangan hanya memakai Reben Kuning, tetapi menjadinya”, untuk menggalak anggota masyarakat lebih aktif dalam menyokong daya usaha menawarkan peluang kedua bagi bekas pesalah.

Dalam pada itu, pihak YRSG akan menganjurkan beberapa acara termasuk acara lumba lari tahunan, Larian Amal Reben Kuning, pada 1 September dan bermatlamat menarik lebih 10,000 peserta pada 2024.

Satu pameran seni “trak bergerak” bertajuk “Moving HeARTs in the city” juga akan diadakan pada Ogos untuk menunjukkan bakat seni banduan dan bekas pesalah.

Selain itu, satu konsert “Menyambut 20 tahun Peluang Kedua” yang dianjurkan dan dijayakan bersama para banduan, bekas pesalah dan rakan masyarakat, juga akan diadakan pada 17 Oktober.

Acara itu akan memberi pengiktirafan kepada sumbangan rakan masyarakat dan berkepentingan dalam daya usaha Reben Kuning.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >