Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

PM Lee: Masyarakat inklusif dibina agar tiada siapa tertinggal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Masyarakat inklusif dibina agar tiada siapa tertinggal

May 01, 2024 | 06:55 PM



Apabila Encik Lee Hsien Loong menerajui tampuk pimpinan sebagai Perdana Menteri Singapura pada 2004, beliau berjanji akan membina sebuah negara yang lebih inklusif di mana rakyat bekerjasama untuk mempertingkat kehidupan semua.

Janji tersebut dikotakan, dengan beberapa dasar sosial yang berani dicipta – seperti Comcare, skim Daya Kerja dan Model Gaji Progresif (PWM) – sementara memperkukuh komponen rangkaian keselamatan sosial Singapura yang lain.

Ini di samping memperkasa para aktivis dan sukarelawan bukan hanya untuk memberikan maklum balas dan meminta perkhidmatan disediakan, malah memainkan peranan membina sebuah masyarakat inklusif.

“Kita sebuah masyarakat yang mengambil berat apa jua kita lakukan, dan memastikan kita melakukannya dengan baik, sebuah masyarakat yang egalitarian dan meritokratik dalam etosnya di mana mereka yang telah berjaya rasa bertanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah memupuk mereka.

“Pemikiran asas ini meresap ke seluruh masyarakat kita,” kata Encik Lee yang menyingkap kembali pengalaman beliau bekerjasama dengan Gerakan Pekerja yang berasaskan kerjasama tiga pihak antara kesatuan, majikan dan pemerintah sepanjang kepimpinan beliau di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei.

Sebagai perdana menteri, Encik Lee berkata antara langkah pertamanya untuk membina masyarakat inklusif adalah dengan mewujudkan Comcare yang menyatukan dan mempertingkat pelbagai program sosial serta menyalurkan lebih banyak sumber untuk menolong golongan yang memerlukan.

Skim Daya Kerja dan seterusnya, PWM, kemudian dilancar demi membantu mempertingkat segmen pekerja bergaji rendah, antaranya melalui kenaikan gaji dan kemaraan kerjaya menerusi peningkatan kemahiran.

Pada November 2023, ComLink+ pula diperkenalkan untuk memperkasa dan mempertingkat keluarga yang tinggal di rumah sewa, antaranya dengan membantu membiayai kos menghantar anak mereka ke prasekolah dan membuat simpanan untuk memiliki rumah sendiri.







Beberapa komponen rangkaian keselamatan sosial negara turut diperkukuh, tambah Encik Lee.

Misalnya, MediShield Hayat disediakan untuk melindungi rakyat Singapura daripada bil hospital besar seumur hidup, tidak kira keadaan kesihatan mereka, manakala Pakej Majulah pula menghulurkan bantuan kepada 1.6 juta warga Singapura yang dilahirkan pada 1973 atau lebih awal supaya mereka mempunyai kecukupan buat persaraan dan keperluan penjagaan kesihatan.

Namun, juga sama penting, kata Encik Lee, adalah usaha memperkasa dan menggerakkan aktivis dan sukarelawan yang mengambil berat tentang usaha membina masyarakat inklusif.

Beliau memberi contoh usaha Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar dan Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua, yang membangunkan Sekolah Pathlight menjadi pilihan popular bagi kanak-kanak dengan spektrum autisme, dan mengasaskan bersama gerakan The Purple Parade yang meraikan inklusiviti dan individu kurang upaya.







“Inisiatif masyarakat sedemikian telah mempertingkat mutu dan kedudukan sektor pendidikan khas, dan mengubah pemikiran awam. Rakyat Singapura lebih bersedia untuk tampil dan membantu mereka yang memerlukan.

“Stigma terhadap individu kurang upaya berkurangan… Ini adalah bahagian besar dalam memastikan tiada rakyat Singapura ketinggalan,” kata beliau.

Encik Lee menambah bahawa beliau juga berbesar hati dengan bagaimana rakyat Singapura mengambil berat dan rasa bangga tentang tugas mereka, dan berusaha mencapai kecemerlangan.

Meskipun tidak semua orang boleh berada dalam kedudukan terbaik, namun apa jua peranan dalam masyarakat, rakyat Singapura tidak memandang remeh tanggungjawab mereka, menunjukkan penguasaan dalam kerja, dan cuba melakukan kerja dengan baik.

Dengan asas baik yang telah dibina itu, Encik Lee berkata Singapura bersedia dan berdaya tahan dalam menghadapi krisis yang melanda, seperti krisis kewangan global 2008 dan pandemik Covid-19.

Semasa Covid-19 umpamanya, rakyat Singapura bekerjasama dan saling menjaga satu sama lain, manakala kesatuan membantu pekerja yang bimbang tentang ekonomi dan takut kehilangan pekerjaan.

“Kita bukan hanya berjaya mengharungi krisis, tetapi muncul lebih kuat, jauh lebih baik berbanding banyak negara lain.

“Kita menjadi rakyat yang lebih kuat, masyarakat yang lebih baik, dan negara yang lebih bersatu padu,” kata beliau.

Kebolehan mengharungi cabaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik itu telah menjadi kunci dalam membina kedudukan negara ini di mata dunia, dengan negara-negara lain di seluruh dunia – besar dan kecil – sangat menghormati Singapura.

Namun, Encik Lee berkata Singapura tidak boleh bermegah dengan pujian yang diterima dan sebaliknya bersungguh-sungguh mempertahankan reputasi negara dan bekerja keras untuk membinanya melalui diplomasi yang aktif, kreatif dan berprinsip.

Antaranya, negara ini telah bercakap tentang serangan Russia ke atas Ukraine dan perang Israel-Hamas, mempertingkat kerjasama dengan jiran terdekat Malaysia dan Indonesia, dan mengekalkan hubungan baik dengan kuasa besar walaupun terdapat ketegangan geopolitik.

Memandang ke hadapan, Encik Lee berkata kesatuan sekerja perlu memainkan peranan lebih penting sedang dunia bergolak dengan isu geopolitik dan ketidakpastian ekonomi.

Beliau melahirkan rasa gembira melihat kesatuan menjalani transformasi untuk kekal relevan dan mendekati segenap lapisan pekerja termasuk pekerja kolar biru, lulusan, karyawan, pekerja platform dan individu yang bekerja sendiri.


Meskipun ada cabaran di hadapan, Encik Lee berkata terdapat pelbagai peluang yang boleh dimanfaatkan dan negara-negara tetap perlu bekerjasama antara satu sama lain walaupun dalam dunia yang menolak globalisasi dan tiada kepercayaan.

Beliau menambah bahawa kestabilan dan kebolehramalan Singapura, dan juga asas kukuh yang telah dibina bagi generasi masa depan adalah satu kelebihan besar yang harus dimanfaatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >