Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM Lee kekal berkhidmat sebagai Menteri Kanan, tiada rombakan besar Kabinet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kekal berkhidmat sebagai Menteri Kanan, tiada rombakan besar Kabinet

DPM Wong: Keutamaan kini pastikan kesinambungan, bentuk Kabinet terbaik; Diumumkan sebelum majlis angkat sumpah
Apr 16, 2024 | 07:55 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan terus berkhidmat dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas berundur daripada jawatannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sambil menjelaskan tidak ada rombakan ketara Kabinet sebelum Pilihan Raya Umum mendatang.

Menurut Encik Wong, keutamaannya sekarang adalah memastikan kesinambungan dan membentuk pasukan Kabinet terbaik untuk Singapura sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-4 Singapura pada 15 Mei nanti.

Justeru, beliau akan mengumumkan barisan Kabinet barunya dalam satu sidang media beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah di Istana.

Encik Wong, 51 tahun, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika bercakap kepada media buat kali pertama sejak Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pada 15 April lalu bahawa beliau secara rasmi akan ambil alih teraju kepimpinan daripada Encik Lee pada pertengahan bulan depan.

Beliau, yang telah bertemu penduduk di GRC Marsiling-Yew Tee beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat, beritahu wartawan beliau jangkakan menteri Kabinet sedia ada akan kekal dalam portfolio masing-masing sedang beberapa penyelarasan kecil dibuat. 

Mereka yang akan meneruskan peranan termasuk Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

“Sistem kami berfungsi berdasarkan kesinambungan dan perubahan progresif. Tidak pernah terjadi apabila berlakunya peralihan kepimpinan, semua menteri lama berundur pada masa yang sama,” katanya.

“Sebaliknya, mereka terus menyumbang dengan cara yang berbeza sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk melangkah ke hadapan. 

“Jadi saya akan mengamalkan pendekatan yang sama apabila saya ambil alih.”

Malah, dengan beberapa Menteri telahpun dilantik baru-baru ini, Encik Wong berkata mereka akan terus berkhidmat dalam portfolio masing-masing.

Namun, Encik Wong berkongsi beliau sedang dalam proses berunding dengan Menteri Kabinet sedia ada mengenai pelantikan mereka dan akan mengambil kira pertimbangan mereka.

Beliau sedang mempertimbangkan untuk menaikkan pangkat beberapa Anggota Parlimen (AP) serta membawa masuk beberapa pelapis untuk mengukuhkan pasukan pemimpin generasi keempat (4G).

Encik Wong, pada masa yang sama juga berkongsi bahawa beliau gembira kerana Encik Lee bersetuju untuk terus berkhidmat dan menyandang jawatan Menteri Kanan, sambil mengiktiraf sumbangan Encik Lee untuk Singapura sepanjang 20 tahun beliau memimpin negara.

“Dalam tempoh ini, ekonomi kita telah berkembang dengan pesat, dan rakyat Singapura telah menikmati peningkatan yang stabil dari segi pendapatan dan taraf hidup mereka.

“Kita telah harungi banyak krisis dan muncul lebih kuat setiap kali. Kedudukan antarabangsa kami telah meningkat dengan ketara, dan jenama Singapura dikagumi dan dihormati di seluruh dunia,” ujarnya.

Encik Wong menekankan bahawa perubahan Kabinet yang lebih besar mungkin berlaku hanya selepas Pilihan Raya Umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang November 2025.

Beliau menambah bahawa beliau sudah mulakan usaha mencari calon baru, terutama mereka yang menunjukkan potensi untuk memegang jawatan politik.

“Jadi bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum, akan ada peluang untuk perbaharui dan memperkukuh pasukan dengan ahli baru,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai pertimbangan dalam membentuk Kabinet barunya, Encik Wong menjawab bahawa keutamaan utamanya ialah untuk membentuk pasukan terbaik untuk Singapura, dengan fokus pada perubahan dan kesinambungan.

“Kita harus membina apa yang kita ada hari ini. Kita harus mengesahkan dan memperkukuh apa yang telah berfungsi dengan baik untuk Singapura,” katanya.

“Saya juga mahukan perubahan kerana kita harus meneliti dan menyegarkan semula pendekatan semasa kita dan bersedia untuk melakar haluan baru agar dapat menyesuaikan diri dengan lebih berkesan kepada persekitaran yang berubah dengan pantas.

“Saya ingin, apabila tiba masanya, mencapai keseimbangan yang baik antara menteri berpengalaman serta ahli pasukan baru yang boleh menambah perspektif baru kepada perbincangan kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >