Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penguatkuasaan lebih ketat tangani salah guna kad SIM tempatan untuk kegiatan jenayah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan lebih ketat tangani salah guna kad SIM tempatan untuk kegiatan jenayah

Josephine: Tiga kumpulan yang disasarkan termasuk pelanggan yang bersalah, peruncit dan orang tengah yang berurusan dengan kad sedemikian
Apr 02, 2024 | 07:57 PM



Singapura akan mengambil sikap lebih tegas terhadap penyalahgunaan kad SIM tempatan untuk kegiatan jenayah, dengan memperkenalkan kesalahan baru yang menyasarkan mereka yang menyalahgunakan kad SIM ini untuk memudahkan penipuan.

Ketika menyampaikan ucapan beliau di Parlimen pada 2 April, Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata tiga kumpulan yang disasarkan termasuk pelanggan yang bersalah, para peruncit dan orang tengah yang berurusan dengan kad sedemikian.

Rang Undang-undang Penguatkuasaan Undang-Undang dan Perkara-Perkara Lain yang dibacakan buat kali kedua di Parlimen pada 7 Mac bertujuan untuk memperkukuhkan lagi penguasaan pihak berkuasa terhadap penipu.

Cik Teo berkata, pihak berkuasa akan mengambil langkah-langkah peringkat awal bagi mencegah penipuan daripada berlaku.

Ini dilakukan dengan mengukuhkan pencegahan dan kebertanggungjawapan dalam penggunaan kad SIM tempatan.

Langkah-langkah ini diperlukan kerana penipu telah beralih kepada menggunakan kad SIM tempatan untuk mendapatkan mangsa baru selepas dihalang oleh langkah-langkah seperti menyekat panggilan luar negara yang memalsukan nombor tempatan serta langkah memperkenalkan Pendaftaran ID Pengirim SMS, menurut Cik Teo.

“Mereka yang menerima panggilan penipuan dan SMS daripada nombor berdaftar tempatan mungkin menganggap ianya panggilan atau SMS yang sah, dan kemudian menjadi mangsa,” katanya.

Pada 2023, lebih 23,000 talian mudah alih tempatan terlibat dalam penipuan dan jenayah siber lain. Jumlah ini merupakan empat kali ganda berbanding 2021.

Sekitar $400 juta telah hilang menyusuli kes penipuan dan jenayah siber yang melibatkan talian mudah alih tempatan pada tahun yang sama, iaitu tiga kali ganda berbanding 2021.

Cik Teo berkata nombor tempatan juga telah digunakan oleh penipu untuk menyediakan akaun WhatsApp dan Telegram untuk menyasarkan mangsa, atau menerima wang mereka melalui PayNow.

Ini di samping ia digunakan untuk jenayah lain, seperti pinjaman wang tanpa lesen.

Cik Teo juga berkongsi bahawa kajian persampelan mendapati hampir 80 peratus kad SIM tempatan yang disalahgunakan untuk jenayah telah didaftarkan menggunakan butiran orang lain.

Sehubungan itu, polis juga menghadapi cabaran untuk mendakwa kes sedemikian kerana pesalah dengan mudah boleh mendakwa bahawa mereka tidak sedar akan akibat daripada tindakan mereka. 

Bagi menangani cabaran yang dihadapi polis dalam membuktikan pengetahuan atau niat jenayah, pelanggan yang tidak bertanggungjawab akan dianggap bertanggungjawab jika mereka antara lain, memberikan kad mereka untuk sebarang keuntungan, tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengetahui identiti dan lokasi fizikal penerima, atau tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengetahui tujuan penerima mendapatkan kad tersebut.

Mereka yang mempunyai alasan yang sah, seperti mendaftarkan kad SIM untuk ahli keluarga mereka, bagaimanapun tidak akan bertanggungjawab. Mereka yang ditipu untuk menyerahkan butiran mereka juga tidak akan didakwa.

Polis juga menghadapi kesukaran untuk mendakwa orang tengah kerana sukar untuk membuktikan mereka berniat untuk bersubahat melakukan kesalahan.

Mereka yang menjadi broker kad SIM untuk disalahgunakan akan bertanggungjawab jika mereka didapati mempunyai 11 atau lebih daripada kad SIM sedemikian, atau mempunyai kad SIM yang pernah digunakan untuk jenayah.

Seseorang yang mempunyai alasan yang sah, seperti menjadi majikan yang memegang kad SIM yang ditujukan untuk pekerja, tidak akan didakwa.

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap peruncit yang memudahkan pendaftaran penipuan kad SIM tempatan.

Sebilangan kecil daripada mereka telah menggunakan butiran yang dicuri atau palsu untuk mendaftarkan kad SIM tempatan, yang kemudiannya dijual kepada penipu, kata Cik Teo.

Buat masa ini, tiada kesalahan yang secara khusus berurusan dengan peruncit sedemikian dan mereka mungkin hanya akan kehilangan kontrak mereka dengan pembekal perkhidmatan mudah alih.

Menjadikannya sebagai kesalahan jenayah akan membolehkan hukuman yang lebih berat, termasuk hukuman penjara, bagi pekerja yang terlibat dalam penipuan pendaftaran.

Cik Teo menegaskan bahawa “setiap kad SIM di tangan penipu merupakan senjata”.

“Berbekalkan walaupun hanya satu kad SIM, seorang penipu boleh melakukan banyak kemudaratan,” tambahnya.

Denda bagi kesalahan kad SIM baru akan disandarkan kepada mereka yang menyalahgunakan penyerahan butiran peribadi Singpass di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Kesalahan yang menyasarkan pelanggan yang tidak bertanggungjawab akan membawa denda sehingga $10,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Kesalahan yang menyasarkan broker dan peruncit kad SIM untuk penyalahgunaan juga akan membawa denda sehingga $10,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun untuk kesalahan pertama. Pesalah berulang boleh didenda sehingga $20,000, dan penjara sehingga lima tahun.

Rang undang-undang itu juga membuat pindaan untuk meningkatkan keupayaan polis untuk menangkap orang yang menimbulkan risiko keselamatan kepada diri mereka dan orang lain, dan untuk melindungi simbol Reben Kuning Singapura (YRSG) untuk mengelakkannya daripada disalahgunakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >