Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pandangan, pertanyaan AP mengenai dasar kawalan dadah S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandangan, pertanyaan AP mengenai dasar kawalan dadah S’pura

May 08, 2024 | 05:55 PM



Berikut adalah komen dan pertanyaan Anggota Parlimen (AP) susulan Kenyataan Menteri mengenai dasar kawalan dadah nasional Singapura yang disampaikan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam di Parlimen pada 8 Mei.

“Boleh saya bertanya Menteri apa inisiatif baru, khususnya daripada kementerian, Biro Narkotik Pusat (CNB), untuk memastikan jumlah penyalah guna baru – yang naik 18 peratus dari 2020 seperti dilaporkan dalam Laporan Keadaan Dadah CNB 2023 – tidak meningkat lanjut? Berkaitan dengan ini, terdapat kenaikan ketara pada bahan psikoaktif yang dirampas CNB. Adakah terdapat sebab tertentu mengapa terdapat evolusi daripada dadah lain yang diklasifikasikan dalam laporan kepada bahan psikoaktif baru ini yang digunakan di Singapura? Dan ia akan membantu jika Menteri boleh berkongsi dengan kami sama ada ini secara menyeluruh atau komuniti khusus yang mengambil dadah baru ini.”
– Ketua Pembangkang yang juga Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh.

“Saya memuji Menteri kerana mengutarakan pendirian tegas terhadap dadah dan pendirian penyayang dalam membantu mangsa dadah dan keluarga mereka. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai bagaimana kita boleh menerapkan dasar mencegah dadah dalam generasi muda Singapura, terutamanya Generasi Z. Mereka tidak semestinya mempunyai pengalaman peribadi, seperti yang diceritakan oleh Menteri, yang mana kita mempunyai masalah penyalahgunaan dadah yang serius pada zaman 1970-an. Mereka jelas tidak akan mempunyai pengalaman peribadi sedemikian.”
– Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok).

“Saya berterima kasih kepada Menteri di atas kenyataan yang sangat jelas tentang dasar (dadah) Singapura yang berbeza daripada banyak negara lain. Dan saya fikir, ia dasar yang betul. Satu bahagian yang membimbangkan saya adalah usia muda yang mana kanak-kanak mula mengambil dadah, iaitu purata 15.9 tahun. Semasa di bangku sekolah, saya ingat lagi ada kempen menentang menghisap gam, yang dilihat sebagai pintu masuk untuk mengambil dadah, di sekolah rendah. Adakah terdapat bahan atau dadah lain, yang menjadi permulaan kepada mengambil dadah yang perlu diketahui oleh orang ramai?”
– Encik Vikram Nair (GRC Sembawang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >