Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Orang ramai digesa elak kerumun di sarang pungguk di Telok Blangah Rise

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai digesa elak kerumun di sarang pungguk di Telok Blangah Rise

May 09, 2024 | 08:35 PM



Lembaga Taman Negara (NParks) telah mengepung pokok di Telok Blangah yang terdapat sarang burung hantu, selepas orang ramai mula berkerumun di situ hingga mencetus kebimbangan mengenai kesejahteraan haiwan comel itu.

Burung hantu, atau pungguk, jenis Otus lempiji, atau Sunda scops, itu berasal dari Singapura dan biasanya bersarang di rongga pokok dalam semak dan hutan.


Dalam kes tersebut, sarang burung itu terletak bersebelahan sebuah perhentian bas di Telok Blangah Rise, yang mudah dilihat oleh orang yang lalu lalang di situ, lapor The Straits Times.


Kumpulan Facebook Singapore Wildlife Sightings pada 6 Mei mula menerima banyak hantaran daripada pengguna yang memaparkan gambar anak burung hantu itu.

Hantaran tersebut turut mendedahkan lokasi sarang burung itu.

Pada 6 Mei, pengguna Facebook Alvin Lim menyiarkan gambar sekumpulan orang cuba mengambil gambar burung hantu itu.

“Bolehkah kita memberi sedikit ruang (privasi) kepada burung-burung ini?” tanya beliau.

Dalam satu lagi catatan, pengguna Lim Khieng Siong berkata walaupun anggota kumpulan Facebook itu suka berkongsi dan menikmati pemandangan hidupan liar, beliau berharap semua orang menjaga jarak dan tidak berdiri terlalu rapat dengan sarang tersebut.

“Lagipun, kebanyakan jurugambar kita mempunyai kamera dan lensa yang baik, dan sepatutnya boleh memetik gambar dari jarak jauh,” tulisnya.

Pada 7 Mei, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati burung hantu liar di Singapura.

Walaupun ramai tertarik untuk merakam detik-detik kehidupan burung hantu liar yang mempesona di hutan bandar Singapura, kedamaian dan ketenangannya amat penting apabila ia berada pada fasa penjagaan anak, menurut Acres.

“Mendekati famili burung hantu liar, terutamanya pada saat-saat ini, boleh membahayakan kesejahteraannya, apabila (anak burung) mula belajar daripada emak bapaknya untuk terbang, makan dan memburu,” ujar Acres.

Pada 9 Mei, NParks menyatakan ia maklum mengenai sarang burung itu dan telah mengepung kawasan berhampiran pokok tersebut serta memasang beberapa papan tanda yang menasihatkan orang ramai agar tidak mendekati pokok tersebut.

Ia juga menggesa orang ramai agar tidak melawat tapak tersebut kerana bilangan orang yang ramai dan bunyi bising boleh mengganggu tingkah laku semula jadi burung hantu dan menyebabkan tekanan ke atasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >