Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

MSF siasat 5 hingga 18 kes setahun libatkan dakwaan penderaan kewangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF siasat 5 hingga 18 kes setahun libatkan dakwaan penderaan kewangan

Feb 06, 2024 | 08:10 PM



Sepanjang lima tahun lalu, Khidmat Perlindungan Dewasa (APS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menyiasat sebanyak lima hingga 18 kes setahun yang melibatkan dakwaan penderaan kewangan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 6 Februari.

Dalam respons bertulis bagi menjawab soalan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), Encik Masagos berkata penyalahgunaan kewangan adalah isu baru yang menjadi kebimbangan dan MSF prihatin dengan potensi kesan negatifnya terhadap mangsa yang terselamat serta masyarakat lebih luas.

“Selalunya, pelaku adalah ahli keluarga terdekat mangsa yang terselamat.

“Kes termasuk anak-anak yang sudah dewasa memaksa ibu bapa mereka supaya menjual aset untuk kegunaan mereka sendiri dan mengeluarkan wang daripada akaun bank ibu bapa mereka tanpa pengetahuan,” kata Encik Masagos.

Beliau menambah, terdapat beberapa kes yang melibatkan penggunaan keganasan, menyebabkan kecederaan fizikal atau kesusahan kepada mangsa yang terselamat.

Dalam menangani masalah itu, terdapat garis panduan industri bagi membantu pegawai barisan hadapan, seperti kakitangan perbankan dan pekerja sosial, mengesan tanda-tanda penyalahgunaan kewangan apabila berurusan dengan pelanggan atau mereka yang menghadapi keganasan keluarga, ujar Encik Masagos.

Mangsa yang terselamat atau keluarga mereka, dalam keadaan tertentu, boleh menyaman pelaku untuk mendapatkan semula aset yang hilang.

Dalam pada itu, bergantung pada fakta yang dikemukakan, pelaku juga mungkin dipertanggungjawabkan atas kesalahan jenayah.

Mereka yang berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga, termasuk penderaan kewangan, harus mendapatkan bantuan daripada Pusat Khidmat Keluarga atau menghubungi Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional (NAVH). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >