Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

MSF keluarkan arahan pembetulan terhadap hantaran palsu Leong Mun Wai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF keluarkan arahan pembetulan terhadap hantaran palsu Leong Mun Wai

Dua laman web, Gutzy Asia dan The Online Citizen (TOC) diarah buat pembetulan susulan hantaran mereka di media sosial
Feb 15, 2024 | 10:57 PM



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai.

Arahan itu berkenaan hantaran Encik Leong di media sosial pada 12 Februari.

Selain itu, dua laman web, Gutzy Asia, dan The Online Citizen (TOC) turut dikenakan Arahan Pembetulan berkenaan hantaran mereka di media sosial pada 13 Februari.

Arahan tersebut dikeluarkan susulan hantaran Encik Leong di Facebook pada 12 Februari setelah beliau bersama pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) West Coast bertemu dengan dua penduduk yang memerlukan bantuan.

Encik Leong ialah anggota PSP.

Beliau mendakwa semasa pertemuan itu, pasangan suami isteri, Encik Tan dan Cik Tan (bukan nama sebenar) tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada agensi sektor awam berhubung perbelanjaan harian mereka selain Geran Penjagaan di Rumah (HCG).

Beliau menambah wanita itu juga telah menggunakan sebahagian besar dana dalam akaun MediSave-nya untuk membayar pembedahan pada kakinya dan telah berhenti menjalani sesi fisioterapi kerana beliau perlu membayar $100 kepada hospital untuk setiap sesi.

Encik Leong turut mendakwa pasangan itu telah memohon kepada agensi sektor awam untuk mendapatkan bantuan dengan kos pengangkutan mereka, namun permohonan mereka ditolak.

Dalam kenyataannya pada 15 Februari, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata pasangan yang dikenal pasti oleh Encik Leong itu sedang menerima bantuan kewangan untuk perbelanjaan harian mereka daripada pelbagai agensi sektor awam dan rakan kongsi masyarakat.

“Ini termasuk HCG, Baucar Penyenggaraan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West dan baucar pasar raya NTUC daripada Persatuan Rakyat (PA), serta wang tunai $300 sebulan dari kuil.

Secara keseluruhan, pasangan itu menerima sejumlah wang tunai dan baucar sebanyak kira-kira $830 sebulan, jelas MSF.

MSF menambah bahawa sejak 2021, pasangan itu telah menerima kira-kira $39,000 tunai dan baucar daripada pelbagai agensi sektor awam dan rakan kerja masyarakat, termasuk $21,000 dalam bantuan ComCare dari Mei 2021 hingga April 2023.

Pasangan itu kini mempunyai lebih $100,000 secara keseluruhan dalam kedua-dua Akaun Persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Pada April 2023, wanita itu menerima bayaran CPF sekali gus sebanyak $5,000.

MSF menambah apabila wanita itu dimasukkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) untuk pembedahan pada buku lalinya yang patah dari 20 hingga 23 Jun 2023, bil hospitalnya adalah kira-kira $8,580.

“Selepas subsidi pemerintah kira-kira $6,300, MediShield Life dan MediSave, baki jumlah bilnya ialah kira-kira $240.

“Wanita itu mempunyai lebih $60,000 dalam akaun MediSave selepas pengeluaran itu.

Pada 12 Februari 2024, beliau mempunyai lebih $60,000 dalam akaun MediSave-nya,” kata MSF.

MSF turut menekankan bahawa semua sesi fisioterapi wanita itu di NTFGH, yang menelan belanja sekitar $25 setiap sesi selepas subsidi pemerintah, turut dibiayai sepenuhnya oleh MediFund.

“Beliau tidak perlu membayar wang tunai untuk sesi tersebut. beliau akan terus menerima bantuan MediFund penuh untuk bil pesakit luarnya sehingga Jun 2024, di mana kelayakannya untuk MediFund akan dinilai semula,” kata MSF.

MSF menambah pasangan itu telah menerima baucar pengangkutan awam dalam dua agihan Baucar Pengangkutan Awam semasa dan yang lalu.

Suaminya pula menerima perkhidmatan pengiring perubatan dan pengangkutan bersubsidi daripada penyedia penjagaan masyarakat sejak 2021.

“Apabila wanita itu patah buku lali, Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) menawarkan untuk merujuknya kepada perkhidmatan pengiring perubatan dan pengangkutan bersubsidi, tetapi beliau telah menolak tawaran itu.

“Seorang pegawai dari PA juga kerap melawat pasangan itu, dan telah membawa mereka ke hospital, membeli makanan untuk mereka apabila mereka tidak dapat meninggalkan rumah mereka, dan membantu mereka menjalankan tugas,” tambah MSF.

Menurut MSF lagi: “Kenyataan palsu, seperti yang dibuat dalam hantaran Leong, menghakis kepercayaan orang ramai dan mengelirukan orang ramai tentang sokongan yang ada dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >