Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

LTA kumpul maklum balas pengguna awal pertingkat sistem unit ERP baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA kumpul maklum balas pengguna awal pertingkat sistem unit ERP baru

May 08, 2024 | 08:02 PM



Sebelum memulakan latihan pemasangan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah bekerjasama dengan peniaga untuk mengkaji bagaimana peranti dalam kenderaan, atau On-Board Unit (OBU), sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) 2.0 yang baru dapat dipasang dengan cara terbaik dalam kenderaan berbeza.


LTA telah melancarkan proses pemasangan itu, bermula dengan sekumpulan pengguna awal sejak Ogos 2023, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di Parlimen pada 8 Mei.

Sekitar 2 peratus, atau 18,000 kenderaan daripada hampir satu juta kenderaan di Singapura, telah memasang OBU, tambah beliau.

Daripada jumlah itu, sekitar 11,000 merupakan kenderaan besar termasuk bas serta kenderaan yang berdaftar dengan syarikat.

LTA juga telah mengumpul maklum balas daripada pengguna awal untuk meningkatkan pilihan pengguna, selain mempertingkatkan kemudahan dan keselamatan, kata Encik Chee lagi.

“Berdasarkan maklum balas yang dikumpul daripada pengguna awal, LTA telah menyemak dan membuat beberapa penambahbaikan pada ciri ERP 2.0 dan proses pemasangan untuk menyediakan pemandu pilihan, kemudahan dan keselamatan yang dipertingkatkan,” katanya lagi.

LTA akan terus mengumpul maklum balas daripada pemandu dan membangunkan ciri-ciri inovatif untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan jalan raya.

Menjawab beberapa soalan mengenai sistem OBU itu, Encik Chee menggariskan beberapa penambahbaikan yang akan dibuat selain pihak berkuasa meneruskan pelaksanaan pemasangan OBU.

Kemas kini ini akan dihantar dengan lancar menerusi perhubungan wayarles atau ‘over-the-air’ kepada kenderaan pemandu, sekali gus menghapuskan keperluan untuk lawatan ke bengkel atau masa menunggu, memastikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan cekap, tambah Encik Chee.

“Kami menghargai maklum balas daripada pengguna awal kami, yang telah diambil oleh LTA yang mana boleh dilaksanakan dan membuat penambahbaikan untuk meningkatkan pilihan pengguna, kemudahan pengguna dan keselamatan pengguna.

“LTA akan terus mengumpul maklum balas daripada pemandu, bengkel dan pengedar untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna untuk semua pemandu, sambil kami meneruskan latihan pemasangan,” katanya.

Sistem ERP semasa akan mencapai penghujung jangka hayat operasinya dalam beberapa tahun.

Sistem yang akan menggantikannya, ERP 2.0, adalah berdasarkan teknologi Sistem Satelit Navigasi Global.

Ia mampu melaksanakan semua fungsi sistem ERP semasa, ditambah dengan keupayaan tambahan untuk menguruskan aliran trafik di jalan raya dengan lebih baik, tanpa memerlukan gantri fizikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >