Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lebih 800 kereta elektrik Hyundai, Kia di S’pura ditarik balik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 800 kereta elektrik Hyundai, Kia di S’pura ditarik balik

May 01, 2024 | 05:39 PM



Pembuat kereta Korea, Hyundai dan Kia, telah mengeluarkan arahan menarik balik tiga model kenderaan elektrik (EV) mereka di Singapura disebabkan kemungkinan kerosakan pada sistem mengecas kenderaan itu, yang boleh menyebabkannya kehilangan kuasa.

Secara keseluruhan, 814 kenderaan di Singapura terjejas, terdiri daripada 719 kereta Hyundai dan 95 kereta Kia, lapor The Business Times (BT).


Ini termasuk kereta Hyundai Ioniq 5 – kededua versi import dan versi yang dipasang di dalam negara – serta Hyundai Ioniq 6 dan Kia EV6.

Hyundai dan Kia dimiliki oleh Hyundai Motor Group, dengan ketiga-tiga model itu mempunyai beberapa ciri teknikal yang sama.

Wakil Pusat Inovasi Singapura Hyundai Motor Group dan Cycle & Carriage Singapore, yang merupakan pengedar sah bagi Kia, berkata mereka sedang bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenai langkah menarik balik model kereta yang terbabit.

Pemilik kenderaan yang terjejas akan dimaklumkan oleh pengedar masing-masing mengenai proses penarikan balik, yang akan memerlukan kereta tersebut dibawa ke bengkel untuk diperiksa dan dikemas kini.

Pemilik kenderaan dijangka tidak perlu membelanjakan apa-apa bagi proses penarikan balik kenderaan mereka itu.

Masalah yang timbul itu adalah berkaitan dengan isu Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu kenderaan, yang mengawal pengecasan dan menangani kuasa elektrik.

Isu yang sama menyebabkan Hyundai Motor Group mengeluarkan arahan menarik balik model kereta yang terjejas di peringkat sejagat.

Ia termasuk sekitar 170,000 kereta elektrik Hyundai dan Kia di Korea Selatan dan sekitar 150,000 kereta elektrik Hyundai dan Kia di Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >