Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lebih 800 dipindah ekoran letusan gunung berapi Ruang di Sulawesi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 800 dipindah ekoran letusan gunung berapi Ruang di Sulawesi

Apr 17, 2024 | 02:54 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 800 orang di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, telah dipindahkan selepas beberapa letusan berlaku di gunung berapi Ruang di kawasan itu, yang selama beberapa hari memuntahkan lahar dan abu, kata agensi volkanologi negara itu pada 17 April.


Gunung berapi itu, yang terletak di pulau Ruang kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Manado, telah meletus lebih tiga kali sejak 16 April.

Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran ke tahap kedua tertinggi, berikutan peningkatan kegiatan, kata Encik Heruningtyas Desi Purnamasari, seorang pegawai di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG).


Letusan gunung berapi Ruang dicetuskan oleh gempa bumi baru-baru ini di pulau itu, dengan gunung tersebut mengeluarkan debu dan asap berbahaya panas setinggi sehingga 1.8 km ke langit, katanya.

“Kita mesti mengosongkan pulau itu kerana kita menjangkakan akan ada lebih banyak letusan. Tiada aktiviti dibenarkan dalam jarak empat kilometer dari kawah,” katanya.

Rakaman yang dilihat oleh Reuters menunjukkan aliran lahar merah mengalir menuruni gunung dan awan abu kelabu yang mengepul di atas kawahnya.


Pulau Ruang mempunyai kira-kira 838 penduduk, kebanyakan mereka kini telah dipindahkan ke pulau Tagulandang terdekat, kata Encik Heruningtyas.

Indonesia melintasi apa yang dipanggil ‘Lingkaran Api Pasifik’, kawasan kegiatan seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >