Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Laung slogan kumpulan kongsi gelap di TikTok, wanita didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laung slogan kumpulan kongsi gelap di TikTok, wanita didakwa

Apr 29, 2024 | 07:29 PM



Seorang wanita didakwa pada 29 April kerana dituduh melaungkan slogan kumpulan kongsi gelap dalam beberapa video TikTok.

Dia membuat isyarat tangan dalam video tersebut, yang dikatakan menunjukkan dia ada kaitan dengan sebuah kumpulan kongsi gelap.

Nur Syafiqa Abdullah, 22 tahun, didakwa atas empat tuduhan bertindak sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut beberapa kali pada 2023, lapor The Straits Times (ST).


Semasa berada di sebuah flat di Sengkang pada Mei 2023, Nur Syafiqa dikatakan melaungkan slogan sebuah kumpulan kongsi gelap ketika satu sesi penstriman langsung di wadah media sosial itu.

Nur Syafiqa didakwa melakukan kesalahan serupa di flat tersebut pada bulan berikutnya.

Pada pertengahan Julai 2023, semasa berada di Taman East Coast pula, dia dikatakan merakam satu video dirinya melaungkan slogan sebuah kumpulan samseng, serta membuat isyarat tangan yang dikaitkan dengan anggota kumpulan tersebut.

Tidak lama kemudian, dia dikatakan memuat naik klip video itu ke akaun TikTok miliknya.

Pada akhir Julai 2023, Nur Syafiqa didakwa melakukan kesalahan serupa di Clarke Quay.

Polis berkata ia bertindak tegas terhadap kegiatan kongsi gelap.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kegiatan kongsi gelap dan melaporkan mereka yang terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang itu kepada polis dengan segera,” katanya.

Kes Nur Syafiqa akan didengar lagi pada 27 Mei.

Mereka yang didapati bersalah menjadi anggota kongsi gelap boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000, bagi setiap pertuduhan di bawah Akta Kumpulan Kongsi Gelap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >