Permainan terjemahan dalam talian Berita Harian (BH) di laman webnya kini telah diperbaharui, membolehkan pengguna melakukan kuiz hari-hari sebelumnya.
Kuiz Perkataan Harian BH ialah permainan terjemahan mudah yang dilancarkan pada 8 September di mana pengguna diberikan tiga perkataan untuk diterjemahkan. Sebelum ini, pengguna hanya dihadkan menterjemah tiga perkataan setiap hari. Dalam kemas kini terbaru, pengguna kini boleh memilih untuk menterjemah perkataan dari hari-hari sebelumnya.
Buat masa ini, kuiz tersebut hanya boleh diakses melalui laman web BH dan belum tersedia di aplikasi BH.
Respons awal menunjukkan bahawa permainan terjemahan ini telah diterima dengan baik oleh pengguna.
Berikutan penambahbaikan kepada kuiz tersebut, jumlah interaksi di laman web BH meningkat kepada 1,291 pada November lalu.