Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Khidmat Laluan Circle tergendala akibat kerosakan tren

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat Laluan Circle tergendala akibat kerosakan tren

Apr 29, 2024 | 04:07 PM



Perkhidmatan biasa di Laluan Circle (CCL) telah disambung semula, selepas penumpang mengalami kelewatan berikutan gangguan kereta api semasa perjalanan mereka pada pagi 29 April.

Pengumuman itu dibuat oleh pengendali pengangkutan SMRT, dalam hantaran Facebook pada 8.11 pagi, dan ia menambah bahawa perkhidmatan bas percuma dan bas penghubung akan dihentikan pada 8.15 pagi.

SMRT pertama kali mengumumkan gangguan itu, yang disebabkan oleh kerosakan kereta api, pada 6.09 pagi di Facebook.

Ia berkata kereta api antara Holland Village dengan Pasir Panjang terjejas, dan menasihatkan penumpang supaya menjangkakan masa tambahan perjalanan sehingga 30 minit.

Pada 6.28 pagi, SMRT berkata bahawa kereta api antara Bishan dengan One-North terjejas oleh kerosakan kereta api. Perkhidmatan bas biasa percuma disediakan, antara Bishan dengan HarbourFront.

Kemudian pada 6.50 pagi, SMRT berkata bahawa kereta api antara Paya Lebar dan One-North terjejas oleh kerosakan kereta api, dan menasihatkan penumpang untuk menggunakan laluan MRT alternatif di stesen Serangoon, Bishan, Caldecott, Botanic Gardens dan Buona Vista.

Dalam kemas kini pada 7 pagi, SMRT menasihatkan penumpang supaya menambah sehingga 30 minit masa perjalanan, antara stesen Paya Lebar dengan HarbourFront.

“Jurutera dan kakitangan kami melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu itu... Kami mohon maaf kerana menjejaskan perjalanan pagi anda,” tambahnya.

Pada 7.40 pagi, SMRT mengemas kini akaun Facebooknya bahawa kerosakan kereta api telah pulih dan perkhidmatan itu kembali beransur normal.

Masih ramai penumpang kelihatan di stesen Buona Vista pada 8.20 pagi selepas perkhidmatan kereta api disambung semula, dengan kakitangan tambahan dikerahkan dari stesen lain untuk membantu menguruskan keadaan.

Para penumpang pagi sebelum ini menggunakan media sosial untuk memberi amaran kepada orang lain tentang kerosakan kereta api.

“Saya bertolak dari rumah pada pukul 4.30 pagi dan tidak dapat pergi ke tempat kerja saya kerana gangguan laluan Circle Line.

“Jam 6.35 pagi baru saya berjaya menaiki tren untuk sampai ke MRT Farrer Park. Tetapi kami diminta meninggalkan kereta api dan terpaksa menunggu lagi,” kata pengguna Facebook Peen Alvin.

Seorang lagi pengguna Facebook, Encik Darron Goh, menulis pada pukul 7.03 pagi: “Disebabkan kelewatan kereta api di Circle Line, orang ramai beratur terlalu panjang di MRT Caldecott lima minit lalu... Saya berterima kasih kepada Laluan Thomson-East Coast .”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >