Langkah melonggarkan peraturan bagi menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan hartanah kediaman swasta mampu beri manfaat kepada isi rumah lebih besar yang memerlukan perumahan sementara.
Selain kumpulan ini, golongan berpendapatan rendah, pelajar dan pekerja dalam sektor seperti pembuatan, kejururawatan, makanan dan minuman (F&B) serta runcit dapat meraih manfaat daripada langkah tersebut, kata pakar dan penganalisis hartanah.