Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kampung Bridge anjur ‘Camp Solat’ bagi belia berisiko

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampung Bridge anjur ‘Camp Solat’ bagi belia berisiko

Program Camp Solat 2.0 dedah belia kepada pengetahuan asas agama
dengan tetamu undangan khas
Mar 12, 2024 | 09:37 AM



Ketika mengendali satu perkhemahan solat atau ‘Camp Solat’ bagi golongan belia berisiko di sebuah masjid pada Disember, bekas pesalah Encik Firdaus Abdul Hamid diaju satu soalan oleh seorang remaja yang membuatnya rasa amat rendah diri.

Apabila masjid itu mula menerima ramai anggota jemaah bagi satu sesi solat Jumaat, remaja lelaki itu bertanya mengapa ada ramai orang yang datang ke masjid dan jika ada majlis pernikahan berlangsung di situ hingga menarik ramai ‘tetamu’ pada hari itu.

Menurut Encik Firdaus, 44 tahun, yang kini menyandang jawatan sebagai presiden dan pengasas bersama badan tidak meraih untung, Kampung Bridge, remaja tersebut jarang sekali menjejakkan kakinya ke masjid.







Katanya kepada Berita Harian (BH):


“Terdapat golongan anak-anak dalam masyarakat kita yang tidak menerima pendidikan agama secukupnya, sama ada ibu bapa mereka tidak hadir di sisi mereka atas sebab-sebab tertentu untuk mendidik mereka, atau kurang tahu tentang perihal agama.

“Jadi kami sedikit sebanyak harus cuba mendekati mereka untuk membantu,” tambah Encik Firdaus, yang pernah menjalani hukuman penjara serta di Berek Tahanan (DB) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ketika zaman belianya.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Encik Firdaus, memutuskan untuk menganjurkan edisi kedua ‘Camp Solat’ yang berlangsung pada 9 dan 10 Mac di Masjid Omar Salmah, berhampiran Bukit Brown.

Ini selepas edisi pertama ‘Camp Solat’, diadakan pada 22 hingga 23 Disember, menerima sambutan menggalakkan daripada peserta, lantas menggalak pihaknya untuk menganjurkan program itu setiap empat bulan.

Menurut laman web Kampung Bridge, ‘Camp Solat 2.0’ bermatlamat mendedahkan belia berisiko kepada pengetahuan asas agama seperti fardu ain.

Belia itu adalah daripada keluarga berpendapatan rendah, atau mempunyai ahli keluarga seperti ibu bapa yang sedang menjalani hukuman penjara.

Edisi terkini itu disertai 37 remaja – 12 perempuan dan 25 lelaki.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding 17 pada edisi pertama.

Para peserta terdiri daripada benefisiari kerja amal kendalian Kampung Bridge bersama rakan kongsi seperti syarikat pengedar kereta, W&F Motoring; syarikat logistik, Pos TKI; kumpulan peminat motosikal, Bikers Subuhan dan lain-lain lagi.

Syarikat-syarikat itu juga merupakan penaja bagi ‘Camp Solat 2.0’.

“Bila kami lihat sambutan pada ‘Camp Solat’ pertama, ramai daripada penerima kami telah bertanya sekiranya mereka juga boleh mendaftarkan anak mereka bagi program itu,” kata Encik Firdaus.

“Kami hanya menyasarkan 10 orang sahaja pada ketika itu, tetapi menerima 23 penyertaan. Lima orang tidak dapat hadir kerana Covid-19,” jelasnya.

“Selain peserta, kami juga menerima sokongan baik daripada rakan-rakan kami yang menaja habuan, baucar, kemeja dan beg bagi peserta dan juga tampil sebagai relawan.”

“Jadi kami memutuskan untuk cuba menganjurkan ‘Camp Solat’ setiap empat bulan, dan melibatkan lain-lain masjid agar kami dapat menerima seramai mungkin peserta daripada golongan ini,” tambahnya.

‘Camp Solat 2.0’ juga melibatkan kegiatan menarik seperti peluang menghayati hidup di sebuah masjid kampung dan melihat pemandangan bintang pada waktu malam.

Terdapat juga sesi kerohanian dan perkongsian hidup dipanggil Gua Dah Relax, bersama Ustaz Yusuf Rahman, pengarah syarikat Alkhatib Basharahil Islamic Singapore, Encik Firdaus sendiri serta bekas pesalah dan pengarah urusan W&F Motoring, Encik Mohamed Helmi Mohamed.


Sesi perkongsian itu turut menampilkan tetamu undangan istimewa, ahli kumpulan muzik rok legenda, Lovehunters, pemain gitar, Encik Moliano Rasmadi dan pemain dram, Encik Saharudin Abdul Jalil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >