Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Jadi Penterjemah Masyarakat kerana ingin perkukuh kedwibahasaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jadi Penterjemah Masyarakat kerana ingin perkukuh kedwibahasaan

May 04, 2024 | 06:44 PM



Sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak, Cik Sanesa Salleh memahami akan pentingnya memupuk penggunaan dwibahasa dalam kehidupan harian sejak usia yang muda.

Justeru, apabila beliau mendapat tahu tentang program Penterjemah Masyarakat pada 2019, penyelia praktikum adjung di Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) itu rasa terpanggil untuk menyertainya kerana ingin memainkan peranan menggalak kedwibahasaan serta memastikan bahasa Melayu digunakan dengan betul dan sesuai.

“Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa perantara yang membolehkan kita berkomunikasi dengan rakan-rakan, jiran tetangga dan orang di sekeliling, namun bahasa ibunda juga sama penting.

“Sekarang... keluarga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk berkomunikasi dan bahasa Melayu tidak lagi digunakan dengan kerap, malah kadangkala tidak digunakan sama sekali. Ini sesuatu yang membimbangkan.

“Oleh itu, apabila saya dapat tahu tentang program Penterjemah Masyarakat dan matlamatnya, saya dapati bahawa saya boleh memainkan peranan untuk menggalak penggunaan bahasa Melayu dan juga memastikan penterjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dilakukan dengan betul dan sesuai,” ujarnya.

Cik Sanesa merupakan antara lebih 40 penterjemah yang hadir di sesi pendekatan Penterjemah Masyarakat sempena Hari Raya yang diadakan di Pusat Seni Kamal di Wisma Geylang Serai pada 4 Mei.

Sejajar dengan tema sambutan ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC), ‘Menghubungkan Masyarakat melalui Penterjemahan – Dahulu, Kini dan Masa Hadapan’, sesi itu bertujuan memupuk jalinan ikatan dalam kalangan masyarakat berbilang bahasa Singapura dan meningkatkan tahap penterjemahan.

Sesi tersebut memberi tumpuan pada penterjemahan dan kesusasteraan dwibahasa, dengan pelakon, penulis dan pensyarah Politeknik Ngee Ann, Cik Sharon Ismail, tampil sebagai penceramah undangan untuk antara lain berkongsi pengalamannya berlakon dalam siri drama berbilang bahasa.

Terdapat lebih 2,000 Penterjemah Masyarakat yang berdaftar di bawah NTC sejauh ini.

Mereka bekerjasama dengan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk memberikan maklum balas dan memastikan penterjemahan bahan-bahan dan sumber komunikasi pemerintah daripada bahasa Inggeris kepada bahasa ibunda adalah tepat dan sesuai.

Cik Sanesa berkongsi bahawa perlu dipastikan apabila teks diterjemah daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, nuansa dan maknanya tidak lari dan perkataan yang digunakan itu sesuai dengan konteksnya.

“Sebagai contoh, ada risalah yang disiapkan satu agensi ini menggunakan perkataan ‘nafsu’ yang diterjemah daripada perkataan ‘passion’ dalam bahasa Inggeris. Ia tidak sesuai dalam konteks yang diberi dan saya memberi maklum balas kepada mereka.


“Inilah peranan kami sebagai penterjemah – untuk memeriksa penterjemahan dan memastikan ia boleh diterima, betul, sesuai dan tepat sebelum dikeluarkan kepada orang awam,” kata beliau.


Tambahnya, adalah penting orang ramai mempunyai keupayaan berdwibahasa dalam masyarakat berbilang kaum di Singapura kerana ia boleh membantu mengeratkan lagi hubungan sesama tetangga.

“Kita boleh belajar kata-kata mudah seperti ‘selamat pagi’ dan ‘apa khabar’ dalam bahasa lain supaya apabila kita jumpa dengan jiran atau orang lain di luar, kita boleh menggunakannya untuk menghilangkan rasa kekok dan mengeratkan hubungan dengan mereka,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >