Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Interpol kemuka Notis Merah ke atas mantan bos YuuZoo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Interpol kemuka Notis Merah ke atas mantan bos YuuZoo

Feb 21, 2024 | 08:33 PM



Polis Singapura dan Interpol telah mengeluarkan waran tangkap dan Notis Merah ke atas mantan pengerusi eksekutif dan ketua eksekutif syarikat media sosial YuuZoo, Thomas Zilliacus.

Ia berhubung dakwaan penglibatannya dalam mengeluarkan kenyataan mengelirukan oleh syarikat itu, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada 21 Februari.

Warga Finland itu, yang merupakan penduduk tetap Singapura, mendapat sorotan berita baru-baru ini selepas dia membuat bidaan bagi kelab bola sepak profesional Britain, Manchester United, lapor The Straits Times.

SPF berkata selain Zilliacus beserta tiga individu lain yang dikaitkan dengan syarikat itu – mantan ketua pegawai kewangan Michael Parker, pengarah bebas, Anthony Williams dan Ozi Amanat – juga dikatakan terlibat dalam perkara yang sama.

Keempat-empat mereka telah meninggalkan Singapura dan enggan pulang ke republik ini, kata SPF.

“Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka. Notis Merah Interpol juga telah dikeluarkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif/pengerusi eksekutif YuuZoo ketika itu, Thomas Zilliacus,” tambah SPF.

Notis Merah ialah permintaan kepada penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia untuk mencari dan menangkap seseorang secara sementara.

Awal sebelum ini, pada 21 Februari, bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat James Matthew Somasundram, 59 tahun, didakwa di mahkamah atas kenyataan mengelirukan yang melebihkan pendapatan YuuZoo sebanyak berjuta-juta dolar.

James telah didakwa dengan empat tuduhan atas membuat kenyataan mengelirukan yang berkemungkinan mendorong pembelian sekuriti oleh orang lain di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Dalam kenyataan yang dibuat bagi suku keempat 2015, yang dikeluarkan pada Februari 2016, syarikat itu dikatakan telah terlebih nyatakan pendapatannya sebanyak AS$18.8 juta ($25 juta).

Ia dikatakan telah melebihkan pendapatannya sebanyak $13.3 juta dalam penyata yang dibuat bagi suku pertama 2016, dan sebanyak $17.1 juta dalam penyata yang dibuat bagi suku kedua 2016.

Dalam kenyataan yang dibuat bagi suku ketiga 2016, syarikat itu dikatakan telah terlebih nyatakan pendapatannya sebanyak $8.9 juta.

Kenyataan berlebihan yang didakwa mengelirukan ini dikatakan berkemungkinan mendorong orang lain membeli saham YuuZoo.

James diwakili oleh Encik Adam Muneer Yusoff Maniam dan Cik Gina Ding Huaxing dari Drew & Napier. Kesnya akan dibicarakan lagi pada 20 Mac.

Bagi setiap tuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$250,000, atau kedua-duanya sekali.

YuuZoo diasaskan bersama pada 2008 oleh Zilliacus, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu sebelum James.

Zilliascus meletak jawatan sebagai pengerusi pada April 2018 di tengah-tengah siasatan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) terhadap syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >