Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Hukuman mati berkesan dalam ‘perang’ S’pura terhadap pengedar dadah: Shanmugam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman mati berkesan dalam ‘perang’ S’pura terhadap pengedar dadah: Shanmugam

Pendekatan tegas dikekalkan kerana selamatkan nyawa ribuan penyalah guna dadah, keluarga mereka
May 08, 2024 | 07:42 PM



Singapura sedang dalam satu “peperangan” menentang pengedar yang mengaut keuntungan daripada perdagangan haram dadah dengan mengorbankan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa.

Disebabkan itu, hukuman mati perlu dikekalkan kerana ada bukti jelas yang menunjukkan ia menjadi satu penghalang berkesan terhadap pengedar dadah.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata demikian di Parlimen pada 8 Mei semasa menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai pendekatan Singapura terhadap kawalan dadah.

Beliau menegaskan pendekatan itu telah menyelamatkan nyawa ribuan penyalah guna dadah dan keluarga mereka.

“Bukan mudah bagi kita membuat keputusan mengadakan hukuman mati sebagai sebahagian daripada hukuman dalam undang-undang.

“Tetapi bukti menunjukkan adalah perlu untuk melindungi rakyat kita, mencegah kemusnahan banyak keluarga, dan mencegah kehilangan banyak nyawa. Sebab itu kita mengekalkan hukuman mati,” kata beliau.

Encik Shanmugam memetik statistik daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021, yang melaporkan 600,000 kematian pada 2019 akibat penggunaan dadah – lebih dua kali ganda jumlah kematian akibat senjata api pada tahun itu.

Beliau turut berkongsi statistik daripada Laporan Dadah Dunia yang menganggarkan pada tahun itu sekitar 31 juta tahun kehidupan ‘sihat’ hilang akibat kehilangan keupayaan dan kematian pramatang disebabkan penggunaan dadah.


“Ini bukan statistik semata-mata, tetapi kehidupan – bapa, ibu, abang, adik, anak lelaki, dan anak perempuan. Itu sebabnya saya menggunakan analogi perang. Saya bercakap tentang perang terhadap mereka yang mengaut keuntungan daripada perdagangan dadah dengan mengorbankan ratusan ribu nyawa tidak bersalah,” katanya.

Dalam mengharungi peperangan melawan dadah, Singapura, kata Encik Shanmugam perlu membuat keputusan apakah ia akan mengambil pendekatan lembut dan menghadapi risiko menjadi seperti sebuah “negara narkotik”, atau seperti “bandar ‘brown town’ yang terkenal” atau sarang dadah dan keganasan.

Beliau merujuk kepada bandar Barrow-in-Furness di United Kingdom, yang dikenali sebagai “bandar ‘brown town’ paling terkenal” kerana dibelenggu masalah dadah.

Walaupun ada halangan dan penentangan daripada segelintir pihak mengenai pendekatan Singapura itu, Encik Shanmugam berkata ada perbezaan jelas dari segi kesan pencegahan antara hukuman mati dan hukuman lain.

“Pada pandangan saya, berdasarkan bukti – anda menghapuskan hukuman mati, pengedaran dadah akan meningkat dengan ketara.

“Dan akan berlaku lebih banyak rompakan, pecah rumah dan sebagainya kerana penagih dadah memerlukan wang untuk membeli dadah. Terdapat juga lebih banyak serangan seksual, pembunuhan. Dan pasti lebih ramai orang akan mati di Singapura. Sebab itu kita mengambil pendekatan tegas,” katanya.

Pendekatan tegas itu, telah menyelamatkan ribuan nyawa, ujar beliau.

Encik Shanmugam menambah bahawa usaha Biro Narkotik Pusat (CNB) mencegah penggunaan dadah di Singapura juga telah menunjukkan peningkatan.

Pada 1990-an, CNB membuat sekitar 6,000 tangkapan berkaitan dadah setiap tahun. Bagaimanapun, jumlah itu telah merosot dengan ketara, dengan agensi itu kini membuat sekitar 3,000 tangkapan setiap tahun, mencerminkan penurunan 50 peratus.

Dengan lonjakan bekalan dadah di rantau ini dan peningkatan ketara kuasa beli sejak 30 tahun lalu, bilangan penyalah guna dadah di Singapura dijangka meningkat, kata Encik Shanmugam. Namun, ia menunjukkan sebaliknya, dengan bilangan penyalah guna dadah berkurangan.

Beliau berkata: “Kita telah menyelamatkan nyawa ramai penyalah guna dadah yang berpotensi maut dan keluarga mereka daripada dadah.

“Ini adalah satu peperangan yang harus kita lawan di Singapura. Dan jika kita tidak melawannya, atau jika kita kalah, beribu-ribu orang di Singapura akan menderita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >