Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Hiasan, lampu lap-lip jadikan Hari Raya lebih bermakna

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hiasan, lampu lap-lip jadikan Hari Raya lebih bermakna

Menjelang Syawal, estet perumahan di Singapura bermandikan cahaya lampu lap-lip yang berkilauan dan berwarna-warni, menambahkan semangat perayaan. Berita Harian (BH) bertemu dengan beberapa keluarga di dua kawasan berbeza untuk mengetahui kisah di sebalik kesungguhan mereka memasang lampu hiasan indah berkerdipan.
Apr 09, 2024 | 05:30 AM



Bagi sesetengah orang kita, sambutan Hari Raya macam tidak sah tanpa hiasan dan penyalaan lampu lap-lip.

Apatah lagi bagi Encik Azmi Mohamed yang menganggap mengadakan kedua-dua perkara ini menjadikan sambutan Lebaran lebih bermakna.

Warna-warni cahaya yang berkelap-kelip menyuntik kegembiraan dan kemeriahan perayaan untuk Encik Azmi, 35 tahun, dan orang-orang tersayang, termasuk isterinya, Cik Nurahzia Abdulrahim, 35 tahun, seorang guru tadika.

Setiap tahun, tanpa gagal, kata Encik Azmi, beliau akan menghiasi rumahnya dari pertengahan Ramadan hingga Hari Raya Haji, memastikan semangat Hari Raya menyinari persekitaran rumah orang tuanya di Serangoon Avenue 4.

Encik Azmi berkongsi dengan Berita Harian (BH), beliau dan jiran Melayunya bersama-sama menghiasi koridor flat mereka dengan lampu dan hiasan lain, namun kini beliau sahaja yang tetap meneruskan tradisi tersebut, dengan dibantu isterinya yang membuat hiasan ketupat dengan menggunakan reben.


“Dari dahulu lagi, kami menghiasi koridor flat bersama tapi sejak mereka sudah sibuk bekerja, mereka tiada masa untuk meneruskannya.

“Biarpun mereka sudah berhenti melakukannya sejak 10 tahun lalu, saya masih terus menyemarakkan semangat Raya dengan menghiasi koridor flat. Bukan sahaja di koridor rumah saya, malah di sepanjang koridor mereka juga dan mereka kongsi gembira,” jelas Encik Azmi yang bertugas sebagai Pegawai Operasi di Singapore Post.

Hiasan raya dan lampu lap-lip sudah menjadi tradisi bagi Encik Azmi sekeluarga setiap tahun.

“Jika tiada lampu lap-lip, saya rasa macam kurang bersemangat untuk menyambut Hari Raya. Lampu lap-lip membuat perbezaan kerana ia menjadikan suasana rumah lebih berseri-seri,” tambah beliau yang meluahkan harapannya untuk menghiasi rumahnya semeriah kerdipan lampu Hari Raya di Geylang Serai pada tahun hadapan.

Ia adalah satu tradisi yang sangat digemarinya, yang memberinya kegembiraan dan keterujaan ketika beliau sekeluarga bersedia untuk menyebarkan kemeriahan perayaan itu.

Menurut Encik Azmi, kededua orang tuanya, Encik Mohamed Tahir, 72 tahun, dan Cik Haminah Neemat, 68 tahun, yang memulakan tradisi memasang lampu lap-lip namun ia sekadar “janji ada lampu sahaja”.

“Jadi, saya teruskan tradisi ini dan memastikan hiasan lap-lip setiap tahun lebih gah dan meriah. Bukan lampu lap-lip sahaja, saya juga hiasi koridor flat mereka dengan pelbagai hiasan pelekat Hari Raya dan ketupat,” ujar Encik Azmi.

Walaupun hiasan di korridor rumahnya kelihatan begitu meriah, beliau tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan kerana seringkali “mengitar semula hiasan tahun sebelumnya untuk tahun seterusnya”.

“Mana yang boleh digunakan semula, saya gunakan. Kalau perlu lebih hiasan, barulah saya tambah dan beli,” jelas beliau.

Encik Azmi merupakan antara yang masih lagi meneruskan tradisi memasang lampu lap-lip dan pelbagai hiasan sempena perayaan ini.

Dengan perubahan zaman, beliau akur tradisi tersebut semakin berkurangan dalam masyarakat dewasa ini.

Lantaran itu, Encik Azmi meluahkan harapannya agar “lebih ramai orang Melayu akan terus memasang dan menyalakan lampu lap-lip untuk menunjukkan semangat dan kegembiraan menyambut perayaan bersama-sama.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >