Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gempa Taiwan: Lapan warga Singapura antara 71 warga asing diselamatkan di Hualien

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gempa Taiwan: Lapan warga Singapura antara 71 warga asing diselamatkan di Hualien

Apr 04, 2024 | 07:56 PM



Lapan warga Singapura merupakan antara 71 warga asing yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Taiwan selepas mereka terperangkap di Hualien semasa gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Taiwan pada 3 April.

Selain warga Singapura, mereka yang diselamatkan termasuk 25 dari Jerman, tujuh dari Switzerland, tiga dari Canada, tiga juga dari Perancis, dua dari Australia dan dua dari Hungary.

Sehingga 4.30 petang pada 4 April, seorang warga Canada dan dua warga Australia masih dilaporkan hilang, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar Taiwan.

Menurut laporan The Straits Times (ST), kementerian itu menambah bahawa pelbagai wakil asing di Taiwan telah melahirkan penghargaan kepada agensi-agensi pemerintah serta kakitangan mencari dan menyelamat di atas bantuan mereka dalam menjejak mereka yang diselamatkan.


Gegaran kuat itu mengorbankan 10 jiwa dan mencederakan 1,067 yang lain, dengan para penyelamat masih mencari lagi 660 orang yang dipercayai terperangkap dalam sebuah taman nasional di Hualien.

Pada 3 April, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata tiada laporan warga Singapura yang cedera dalam gempa tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >